Rabu, Ogos 03, 2011

apa rahsia NOMBOR PERIBADI KAMU?

Assalamualaikum ^^,




sebelum nak tau nombor peribadi korang. meh sini. kena buat calculation sikit. tak susah macam add math p0n. ^^

campurkan tarikh lahir korang. 
contoh 13.04.1987 : 1+3+0+4+1+9+8+7 = 33 (3+3 = 6).
jadi nombor perbadi anda 6.



NOMBOR 1

Lambang keunggulan dan kejaguhan! Nombor1 merupakan makna kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan. keberanian dan kekuasaan. tetamu juga suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani dan berawawasan jauh. selain itu, dia turut mempunyai pendirian yang kukuh dan memiliki kekuatan fizikal dan mental.

NOMBOR 2

Nombor ini bersifat kekeluargaan. bagi kamu yang bernaung di bawah nombor ini, kamu mempunyai semangant kekeluargaan dan juga ikatan hubungan yang sangat rapat. bagi kamu, keluarga adalah keutamaan dan kepentingan.  selain itu, nombor 2 juga dikaitkan sebagai tanda boros dan kuat berbelanja. harus diingat duit bukan mudah diperoleh dan sikap berjimat cermat itu perlu bagi kamu yang bernaung di bawah nombor 2 ini.

NOMBOR 3

Ia adalah rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. bernaung di bawah nombor ini menjadikan kamu seorang yang pintar dan bijaksana. boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. selain itu, ia juga mudah untuk memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. sesiapa yang bernaung di bawah nombor 3 ini juga pintar menyelesaikan setiap masalah.

NOMBOR 4

Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. selain itu, ia turut membawa lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. ia stabil dan tak mudah digugat atau dipengaruhi. pendek kata, mereka seorang yang tegas dan tidak mudah terpengaruh. kekuatan mereka yangbernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaungdi bawan nombor ini.

NOMBOR 5

Ia adalah simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan mmepunyai tahap intelektual yang tinggi. kekuatan penaung nombor 5 adalah pada kata-kata. mereka mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan dan seorang perayu yang cekal. selain itu, mereka juga seorang perayu yang cekal. selain itu, mereka juga seorang yang pandai memujuk.

NOMBOR 6

Kamu suka meramal dan boleh meramal dengna tepat. hati kamu seperi tahi apa yang benar dan kamu juga sering mengikut kata hati. pendek kata, kamu adalah seorang yang mulut masin. kamu juga seorang yang suka berangan dan agak keras kepala. jaga2 dlaam pergaulan kerana kamu seorang yang sangat baik hingga tidak sedar ada yang sedang pijak kepala.

NOMBOR 7

Nombor ini lambang perlindungan. inilah nombor paling baik. selain itu, ia juga lambang pembalasan, pemerintahan, pelindung. mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. bagi yang bernaung di bawah nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup ambil berat tentang benda-benda remeh dengan terperinci. kamu seorang yang pembersih, suka kedamaian dan penegak keadilan. kepada yang selama ini suka ambil kesempatan, tunjukkan siapa diri kamu yang sebenar.

NOMBOR 8

Simbol kekayaan!. ia mendorong ke arah  menjadi semakin kaya dan juga masa hadapan yang cerah. bagi kamu yang bernaung di bawah nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup murah hati dan suka membantu orang lain. kamu juga bekerja dengan kuat untuk memastikan kamu dapat apa yang dihajati. kamu juga seorang yang kuat mendesak dan suka memaksa orang lain. sikap kurang sabar kamu juga perlu dibendung.

NOMBOR 9

Nombor ini lambang kebenaran. ia juga lambang tenaga yang kuat. sebab itulah ia menjadi simbol perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. bagaimanapun, mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalma perbuatan dan percakapan atau suka cakap lepas. tapi jangan bimbang walaupun mudah terlanjur tetapi kamu seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. kamu boleh dikatakan sebagai sumber maklumat pada kawan-kawan.





*semua ini hanyalah sekadar suka2. jika ada persamaan mungkin hanya kebetulan. tiada niat untuk menjatuhkan seseorang. HARAP MAKLUM.

13 ulasan:

  1. enjoy.....no 7 jugak....
    salam kenalan

    BalasPadam
  2. kalau suka semua nomber ni camane? =P

    BalasPadam
  3. @keryohkery ouuhh..suke semua kee?? xpe2 ameklah free jerr =p

    BalasPadam
  4. owh..sy suka memaksa eh? haha

    BalasPadam
  5. @shafmechy haha..xbole percaya 100% benda neh..just fo fun. btw, num brape tu?? nk jugak tau..hehe

    BalasPadam
  6. sy no 4. huhu. pena bwt da bnde nehhh. cube tade xplaination dye jeekkk.. thx sharinggg. na pnjm entry nehhh bley eh bleyhh ehhh >.<

    dr bloglist tegar nizam ijam

    http://yanadimple.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. @LyaLuna hehe. ur welcome!! boleh jee, but jgn lupa letak link ni skali nanti oke! ^___^

    BalasPadam

thanks for commenting ! love ..