Khamis, Ogos 04, 2011

PENIPUAN di internet : CEGAH sebelum terlambat!

Assalamualaikum ^^,




Hadiah Undian.
selalunya kamu akan menerima e-mail daripada pihak yang tidak dikenali yang menawarkan pelbagai hadiah undian.  dalam e-mail tersebut turut diletakkan maklumat kamu memenangi sesuatu tidak kira dari yahoo, microsoft mahupun yang lain.  jangan percaya dengan e-mail tersebut jika kamu tidak betul2 yakin.

pencegahan
jangan terlalu cepat untuk memindahkan wang kamu kepada akaun yang tidak dikenali.  pastikan hadiah undian tersebut datang daripada sumber yang boleh dipercayai.



Perniagaan palsu.
perniagaan dalam talian (online) sudah menjadi 'trend' sekarang dan para pengguna juga semakin mempercayainya.  dalam pada itu, masih ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara haram.

pencegahan
kenal pasti sumber (blog, laman web dan lain2) apabila ingin memebeli barang secara online.  jika sumber tersebut adalah sah, maka urusan jual beli boleh diteruskan.



Pencerobohan laman web.
ketika kamu hendak mendaftar masuk akaun sendiri, tiba2 kata kunci kamu salah ataupun halaman utama yang muncul di skrin nampak lain.  dalam hal ini, jelas sekali akaun kamu telah dicerobohi!.  si pelaku yang suka menceroboh akaun orang lain mempunyai niat jahat tidak kira ia berunsur peribadi ataupun tidak.

pencegahan
pantau akaun laman sosial/ blog kamu dengan cara kerap menukar kata kunci.  untuk langkah keselamatan, jangan letak maklumat peribadi terlalu banyak.



Perisian bervirus.
kegilaan memuat turun perisian percuma menjadi suatu perkara yang sering pengguna internet lakukan.  macam2 yang dimuat turun sehingga tidak sedar virus turut menular ke dalam komputer.  cara ini memang mudah tetapi haruslah berhati-hati apabila proses muat turun berlangsung.

pencegahan
gunakan antivirus untuk mengesan virus masuk.  pastikan juga antivirus tersebut dikemas kini.



E-mail palsu.
ada kalanya kamu menerima e-mail daripada 'admin yahoo' dan enjin carian yang lain.  e-mail ini menyatakan kamu harus mendaftar masuk dan verifikasi data.  seterusnya, kamu haruslah meletakkan kata kunci dan macam2 lagi.  apabila sampai ke satu tahap, kamu rasakan bahawa kamu telah ditipu.

pencegahan
jangan sesekali klik pada 'link' yang kamu sendiri tidak pasti.  ini kerana data peribadi kamu mungkin boleh dicerobohi oleh si pelaku yang tidak bertanggungjawab.



E-mail berantai.
ramai pengguna internet yang gemar menghantar e-mail berantai dengan harapan apa yang mereka baca turut dikongsi bersama orang lain.  tetapi mereka tidak sedar bahawa ada sesetengah e-mail boleh mengaibkan orang lain dan mencetuskan fitnah.

pencegahan
jika tidak sahih kebenaran e-mail yang diterima, jangan panjangkan ia agar tidak timbul sebarang masalah kelak.



Status laman sosial.
status dan komen yang dipaparkan dalam laman sosial seperti facebook dan twitter kadangkala mengundang bahaya dan masalah besar antara satu sama lain.  tanpa disedari, macam2 luahan yang ditulis di status masing2.  ia mengundang bahaya!

pencegahan
jangan terlalu mengikut perasaan apabila hendak menulis sesuatu  di status laman sosial.  pelbagai andaian yang akan ditafsirkan oleh pihak yang membacanya.





*sekadar berkongsi apa yang aku baca ^^,

8 ulasan:

  1. Salam liyana: betul tu liyana mmg mcm2 penipuan mcm tu skg oleh itu berhati2lah agar kita x tertipu...:)

    BalasPadam
  2. @maszull w'salam..kita kenala saling ingat mengingati kan..,

    BalasPadam
  3. aku pnh dpt emel jns mcm ni jgk.tp aq ignore je.baca,baca jgk nak tahu isi kandung ape kan.Last2,pasal nak minta duit.Terus DELETE.wat semak je kat inbox.

    BalasPadam
  4. @FatinazeeLa samalah. aku siap kata dpt duit ratus2 ribu lah apelah..tgk mmg cam real jek..byk plak tu. hampeh pnye e-mail.. =,=

    BalasPadam
  5. memang bahaya.
    kena selalu & terlalu berhati2.
    :)

    BalasPadam
  6. huhuhu thx 4 d infooo. bnyk sideket tipu skunkkk knknkn harusss bhati2 >.<

    dt bloglist tegar nizam ijam

    http://yanadimple.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. @LyaLuna no biggies dear..dunia makin canggih makin byk perkara2 yg diluar jangkaan kan..same2 la beringat, peace!! =)

    BalasPadam

thanks for commenting ! love ..