Isnin, Ogos 01, 2011

peristiwa 1 RAMADAN 1431 Hijrah

Assalamualaikum ^^,








selamat berpuasa semuaaaa!!. alhamdulilah aku masih merasa lagi nikmat berpuasa. ^^  seperti yang dijanjikan. aku nak kongsi pengalaman ramadan pertama tahun lepas. sememangnya aku tak kan dan tak boleh lupe.


sehari sebelum aku dah plan dengan roomate untuk berbuka puasa sama2. memandangkan aku berada di hostel. dan aku tak dapat balik disebabkan 1 Ramadan tahun lepas jatuh di tengah2 minggu. so tak boleh balik. sebab esoknya ada kelas. dan menjadi kebiasaan budak2 asrama. pantang cuti atau takde kelas masa akan di habiskan sebaik mungkin dengan tido. @_@.

tengah sedap2 baring kat katil kembo aku. katil aku belah atas malas nak naik. ngeh2. aku terjaga dan bertukar naik ke katil aku semula. tengah baring2. baru nak feel dapatkan mood tido semula. tiba2 pinggang aku rasa sakit. aku ingatkan biasa jek. aku ignore jelah. kebiasaannya tergeliat jerk. tapi hari tu lain macam. then aku cakap ngan kembo aku. puas letak minyak panas. tak jalan jugak. rasa sakit terus-terusan menyerang aku tanpa mempedulikan aku yang tengah puasa tu. hehe.

last2 aku turun semula. tu pun aku turun menggelosor. cepat2 imagine. dengan tangga katil yang tegak tu aku turun menggelosor. ha korang boleh buat?. hihi. sebabnya aku dah tak boleh bangun langsung! bila kaki dah cecah lantai terus aku terjelopok jatuh. badan aku dah melengkung bentuk u oke! dah macam tenggiling pun ade jugak bila pikir2 balik. haha. kembo ngan roomate kau dah menngelabah. last2 roomate ngan kembo aku angkat aku naik atas katil kembo aku dalam keadaan aku yang masih melengkung tuh.

palih hampeh! bila call warden. sampai ke sudah tak sampai2. kalau orang nazak alamat tingal uruskan jenazah jelah. huh! yang aku dah menjerit-jerit macam hape. last2 mintak tolong kawan aku yang pada aku jauh jugak lah dia nak sampai kat asrama tue. thanks mira! dan liza.

pegi klinik. doktor salah bagi ubat pulak. boleh gitu???. aku dapat tau pun bila abang aku sampai dia pegi semula klinik. then baru doktor tu bagi yang betul punya. tu pun lepas abang aku menyuarakan rasa hati yang terpendam dengan amarah. haha. siap bagi surat lagi suruh aku further check up kat hospital. oke! time ni siyes aku ngeeerriiiii!!! at last aku dapat ubat sapu. bila guna yang tu baru kurang sakitnya. dan ubat yang mula2 dia bagi aku tu sebenarnya ubat SAKIT PERUT. agak telinga doktor tu problem kot, aku cakap aku sakit pinggang bukan sakit perut. tak pasal2 aku buka puasa sebab nak makan pil2 tu semua. adeeii!!

dan sebenarnya, family aku dari pontian datang bedesup ke k0lej aku except ayah aku. pada aku jauh jugak tw. nasib baik still dalam johor. ayah aku tak ikut alkisah rupanya cirit-birit. huhu. ikutkan family suruh aku balik jek. tapi aku tak nak sebab esoknya aku ada kuiz dan kena get ready dengan presentation. ikutkan bole je postpone presentation tu. tapi, aku tak nak susahkan lecterur aku plus aku pun malas nak amek kuiz lambat. so aku kuatkan semangat. and everything were fine. ^______^

disebabkan inilah jugak family aku buka puasa huru hara. dengan ayah aku yang buka puasa sorang2 kat umah. emak, abang dan akak aku buka kat tepi jalan. makan pun ape yang ada jek. tu pun beli kat bazar ramadan dekat2 kolej aku. huhu. bila cerita2 balik benda ni jadi kelakar jugak. hehe

we are kind of cl0se family. bila hal2 melibatkan family, itu yang diutamakan.




*family always be the first (",)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

thanks for commenting ! love ..