Jumaat, Ogos 05, 2011

"Segmen: Memori Ramadhan by Sakura"

Assalamualaikum ^^,






klik banner utk join the club!



bila masuk bab puasa zaman comel-comel kanak-kanak neh seronok jugak nak kongsi dengan anda, bl0gger2 semua. ^^


alkisah SAHUR

apa yang paling aku ingat. setiap kali sahur makanan wajib ada ialah biskut mayat. eh2!! ni orang zaman dulu panggil. nama modennya biskut cream cracker. dan di cicah dengan air milo. ssllurrrppp!! tu dah nikmat lah tu. makan tanpa mempedulikan orang lain. sampaikan bila balik kampung mesti bawak bekal dua benda ni. hehe.

bila dah besar sikit tu. dah mula rajin malas nak sahur. s0, alternatif lain di aplikasikan. bila jarum jam dah pukul 9 or 10 malam. aku akan makan lagi sekali. dan semestinya makan nasi. jadinya sahur hanya minum air yang dah di bawak siap2 letak tepi katil. s0, nanti mak datang kejut just minum air sambil pejam mata. haha. nampak tak?? ape motif aku sebenarnya??? malas bangun sebenarnya. ekekkeeke.


alkisah BERBUKA PUASA

time buka puasa pulak. aku tak banyak cerewet. ape jek aku makan. eh cop2! mungkin aku cerewet jugaklah. sebab??. sebab kalau buka tak nak nasi putih dengan lauk. haha. so, mak aku akan pening untuk mencari resepi untuk sebulan. ^^  kalau nasi tomato ke nasi goreng ke aku tak kisah. kecuali NASI PUTIH. aku akan buat muka pelik sepeliknya kalau kena makan nasi time buka. hehe. agak mengada di situ. =p. dan sebenarnya tradisi perangai aku neh berlarutan sehinggalah hari ini. dah tahun 2011 pun kan??

dan aku ada pengalaman paling longhat sekali time berbuka ni tw!. masa aku sekolah rendah, tak ingat umur bape aku puasa. aku jadi lemah longlai sampai tak larat nak bangun. dah terbaring dah pun. tunggu masa nak buka aku tak boleh duduk. kahkahkah. biasala budak baru nak pandai puasa. lapo memang tak ingat time tuh. azan jek berdesup aku minum + makan. hehehe. tape2 kecik lagi. @_@

ada juga kisah lucu. time ni aku dah sekolah menengah. tengah duk tunggu waktu berbuka sambil terduduk kat meja makan tu, biasalah dah tinggal bape minit nak buka. maka akan ada sesi tuang2 air. kebiasaanya family aku sediakan 2 air, satu sejuk satu panas. yg bestnya. abang aku tuang air sejuk. tanpa ada ape2 perasaan dia terus minum yang mana aku rasa dia hilang ingatan jap yg dia puasa sebenonya. aku terus jerit + gelak sekuat hati. wakakaka. dan muka dia terkejut + sengih. mak ngan ayah aku tak terkata apa. diam seribu bahasa.


oh ya! masa kecik2. sebagai ganjaran. bila aku berjaya puasa penuh mak aku akan upah seringgit. hehe.




*oppssss!! terpanjang lebo pulak cerita buka puasa tu...hehe

6 ulasan:

  1. slm...peliknya berbuka x nak mkn nasi putih...cian mak terpaksa mencari resepi apa yg nak bagi anak nya mkn nasi...apa2 pun selamat berbuka yer..buka apa hari ini...?

    BalasPadam
  2. @maszull w'salam..hehe, tapi skrg dh beso pnjg yana tlg pkr same lah..ptg ni buka nasi goreng je sis..msk simple2 jek...=)

    BalasPadam
  3. thx ya sudi join.. hehe, mmg ssh la nk cr menu yg bkn nasik putih.. :p

    BalasPadam
  4. @snOw sakura ur welcome! tu yg kepala duk pening nak makan ape..:D

    BalasPadam
  5. biskut mayat???? ahhaa tapena pggil cetuu lakkk >.<

    dr bloglist tegar abg nizam

    http://yanadimple.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. @LyaLuna haha. lepas ni boleh lah panggil =,=


    btw, thanks sudi ke sini..^^,

    BalasPadam

thanks for commenting ! love ..