Sabtu, September 10, 2011

hari ini adalah harinya ^^

Assalamualaikum ^^,




seriusly! hari ni akan jadi hari yang sibuk buat keluarga aku. aku pulak kompem2 akan kehulur-kehilir dengan keadaan yang agak kucar kacir. tak suka keadaan macam neh. yang mana nanti dengan aktiviti mengemas dapur. mana lagi dengan persiapan segala hantaran. make sure siapa yang bawak. siapa yang ambil. dengan nak menguruskan diri aku sendiri lagi. haaiii takkanlah pengantin jek nak cantik aku pun nak juggakkkk. haha.

ahaaa!! pengantin?? siapa?? well hari ni adalah harinya. di mana abang aku akan melafazkan akad nikan dengan pasangannya dalam beberapa jam jek lagi. perjalanan ke rumah pengantin perempuan agak jauh. makan masa dalam 3 jam jugaklah perjalanan. pergi balik?? hoiihhhh!! lame gila kot duk dalam kete. sure kaki aku akan penat. ^^

rombongan akan bergerak ke rumah pengantin perempuan dalam pukul 11 pagi.  sampai insya-Allah tengah hari. majlis nya pulak dalam pukul tiga. gitu gini malam jugak sampai rumah ni kang. huhu. rombongan mungkin dalam 20 ke 30 orang. kira rambang je neh. nak tau betul2. nanti kira time semua dah sampai. apa2 pun semoga semuanya berjalan dengan lancar. juga semoga perjalan kami ke sana lancar dan selamat. amin!


nanti bila2 aku update gambar hantaran yang dibuat sendiri oleh aku dan akak aku dan si pendek yang sibuk2 sikit tuh. daaaa!!!

2 ulasan:

  1. salam liyana...selamat pengantin baru buat abg liyana yer...
    semoga hepi ...:)

    BalasPadam

thanks for commenting ! love ..