Sabtu, September 03, 2011

satu minggu di bulan syawal

Assalamualaikum ^^,




hye3!!! hari ni baru rasa free sikit nak update bl0g. hurrmmm..kisah raya aku tahun ni??. tahun ni aku takdelah busy sangat macam few years before. sebelum ni tiap kali raya memang tak menang tangan dibuatnya. 10 malam baru dapat rest. yelah tu zaman masa arwah atuk aku ada lagi. s0, lepas orang sembahyang raya rumah aku pasti akan di datangi oleh sedara-mara. sampaikan tak sempat habis makan lagi orang dah start datang saammmpaailaaa malam baru rehat. tu pun kadang2 malam ada lagi yang datang.

tu cerita tahun sebelum ni. cerita tahun ni. raya pertama malam lagi aku sekeluarga dah start berkunjung ke rumah pak cik aku. seems dia buat makan2 untuk family and ada tahlil sikit. haiishh!! entahlah aku pun tak paham konsep apa dah tuh!

s0, raya kedua kebiasaanya di kampung ada marhaban dan ayah aku akan turut serta. aktiviti takde apa sangat.  sementara menunggu giliran marhaban ke rumah. ada juga saudara-mara yang berkunjung. petang kami sekeluarga ke Kluang ke rumah mak cik dan pak cik sebelah mak aku. sampai rumah dekat pukul 12 malam. ngantuk!

raya ke tiga pula. memang aku beraya sakan. mula di Batu Pahat, Muar dan Melaka. semua saudara-mara sebelah mak aku jugak. again! sampai rumah pun jam 12 malam. nasib bukan aku bawak kereta  


raya ke empat. siang duduk di rumah. ingatkan malam pun. sekali ayah aku ajak pergi beraya ke rumah jiran-jiran. ikutkan hati malas. tapi nama je jiran. kejap lagi bila dah cerita salah silah keluarga. sedara daa!. amek ko! biasalah kat kampung. ^^

and. hari ni aku tak ke mana-mana. mak cik aku yang kat Melaka datang sini. s0, melekat lah kat rumah. esok pergi Johor pula. melawat sedara kat sana pulak.

dalam pada aku beraya sana-sini sebenarnya kepala otak aku ni duk pikir dah siap ke semua dokumen dengan barang yang nak di bawak masa daftar 11 September ni??? again! aku kena semak dan semak. dan sebenarnya kalau ada masa terluang masa aku akan dihabiskan dengan buat checklist segala benda alah ni. lagi seminggu aku akan berangkat. s0, everything must be in right thing and right place.

semoga semuanya berjalan lancar.


duit raya tahun ni agak meriah jugak. seperti sebelum2 ni, makin besar, duit pun makin besar. *wink3!!  korang macam mana?? ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

thanks for commenting ! love ..