Isnin, November 28, 2011

SEGMEN | 10 Perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat

Assalamualaikum ^^,




helll0oooo everyone!!! hari ni aku cuti bersempena dengan awal muharam. unt0onnglaaaa. hehe. *nasib baik melaka amek  okeyh! c0ntest lagi. kali ni sis Khalila tag aku. pelik. haaaa! tulah dia segmen nya. 10 perkara pelik tentang saya. pelik2 jelah Cikb0lat ni buat segmen. opsss!! gurau2 jerk ^^  yup! segmen ni adalah hasil daripada idea pelik kreatif cikb0lat.




meh j0in ramai2!




j0m bace ape yang pelik tentang aku. hentam sajelahhhh...



  1. x ske bace n0vel. (most of the gurls suka baca n0vel ryte?)
  2. aku TAK SUKA korea. (dlm hati tertanya-tanya apa yang buat others like histeria bila talk about korea. someone can tell me??)
  3. lapt0p aku lagi penting daripada handphone aku. @,@
  4. tak suka minum susu. but I LOVE HORLICKS!!
  5. suka cakap terbalik. means ayat tak teratur. contoh : "kat lada ada gigi" sepatutnya kan "kat gigi ada lada". ok! jgn gelak.
  6. pantang nampak barang yang cantik. aku akan beli then tak pakai. membazir!
  7. suka beli pensil box. (eh! tapi sekarang dah sl0w down sikit tw. ni zaman kecik2) =P
  8. tak suka pakai heels. tibe2 kena jugak pakai bila aku amek OM mase dip.
  9. suka kumpul pen kaler2.
  10. lebih suka memerhati. then buat kesimpulan sendiri. just do some recognization. ^^

amacam?? tak cukup pelik ke? ape kata bace dorang punya pulak. mana tau dorang punye lagi pelik.




mana boleh reveal semua. yer dakk??


Photobucket
Read More...

Ahad, November 27, 2011

INFO : jenis sinar UV dan kesannya

Assalamualaikum ^^,




UV A (400-315 nm)

jenis sinar UV yang pertama ini memiliki gelombang yang relatif panjang dan mewakili sekitar 95% daripada semua sinar UV yan gmencapai permukaan bumi.


UV B (315-280 nm)

sinar UV B memiliki panjang gelombang sederhana dan tidak dapat menembusi palisan permukaan dari kulit.


UV C (280-10 nm)

jenis sinar UV yang satu ini dalah paling berbahaya, tetapi UV C tidak dapat sampai ke permukaan bumi kerana lapisan ozon di atmosfera sudah menyaringnya.



kesan sinar UV pada kulit

sinar UV A masuk ke dalam lapisan kulit lebih dalam dan boleh membuatkan kulit menjadi tua, menyerang elastin, serat-serat kolagend an protein dalam kulit, di mana parut-parutnya akan kekal. kawasan yang terbakar kesan daripada sibar matahari akan selalu sensitif seumur hodup dan harus dilindungi dengan perawatan yang ekstrem. sinar ini juga akan membuatkan radikal bebas yang menjadikan serat dan sel-sel yang menyokong berubah dan akhirnya boleh mengakibatkan penuaan dini. ini akan menimbulkan kedutan, oda penuaan dan penyakit kulit yang ringan malah ada sesetengahnya boleh menjadi serius.

seinar UV B dapat mempengaruhi epidermis dengan cara mesimulasikan melanin atau pigmen berwarna merah ciklat yang mewarnai kulit, di mana ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinar matahari berbahaya. UV B dapat memberikan warna kecoklatan (tan) pada kulit yang bertahan selama 48 jam. sinar ini juga berguna untuk merubah vitamin D di dalam tubuh agar dapat memperbaiki kandungan kalsium dalam tulang. sayangnya, sinar UV B boleh menyebabkan kulit terbakar dan sel-sel kulit bermutasi.


sekadar ingatan buat kita semua ^___^



Photobucket
Read More...

Jumaat, November 25, 2011

INFO : 8 pekerjaan paling stress

Assalamualaikum ^^,




copywriter

selalunya copywriter bekerja dalam sebuah agensi. bersama pengarah seni yang merupakan sebahgaian daripada pasukan kretif, copywriter harus menemukan idea wording suatu produk berdasarkan kemahuan klien. mereka mesti menyampaikan mesej seseingkat mungkin, memiliki makna yang luas sehingga mudah mempengaruhi orang lain. pokoknya, perkerjaan ini benar-benar menguji kreativiti. bukan mudah ya, kadang-kadang klien tidak berpuas hati dengan idea yang diberikan. ada kalanya mereka terpaksa merombak idea berkali-kali. itu yang menyebabkan ada di kalangan copywriter yang terpaksa tidur di pejabat.


perhubungan awam

profesion ini bertindak selaku 'barisan hadapan' sesuatu syarikat kerana bertugas sebagai jurucakap. maknanya, mereka berperanan penting dalam membentuk imej syarikat. salah cakap sedikit sahaja, akan memberi kesan pada nama syarikat. sewaktu mengadakan majlis dan menjemput para media, biasanya perhubungan awam ditugaskan untuk membuat kenyataan media. mereka jugalah yang akan berkomunikasi secara langsung dengan orang ramai. walaupun penat dan bosan, perhubungan awam mesti tetap bermulut manis.


model

inilah dia profesion yang diidam-idamkan kebanyakan remaja. boleh glamor sekali gus sentiasa dilihat cantik. namun disebaliknya, ramai model yang berasa tertekan. maklum saja, persaingan di bidang ini sangat tinggi. masing-masingberlumba-lumba untuk tampil sempurna dan sentiasa cantik. berisi sedikit, tidak lakulah jawabnya. sudahnya ramai yang rela makan sedikit demi mempertahankan tubuh agar sentiasa langsing dan menjadi perhatian agensi model.


arkitek

profesion yang satu ini bekerja dengan deadline ketat baik dari segi perencanaan, reka letak, konstruksi ruang dan oerumahan. dengan kata lain, mereka harus membuat konsep yang matang dan cermat demi menghasikan bangunan yang selamat dan cantik untuk didiami. arkitek juga mesti memantau pelaksanaan projek di lapangan agar berjalan sesuai dengan perjanjian yang ada. untuk projek tertentu, mereka juga perlu mengawasi pekerjaan yang dilakukan kontraktor. tanggungjawabnya besar..


pembaca berita

cantik, berpengetahuan luas dan menjadi perhatian masyarakat. itulah imej seoran goembaca berita. padahal, kerjaya ini bukanlah seindah yang disangka. mereka sebenarnya bukan hanya membaca berita tetapi mereka juga merangkap wartawan yang terjun mencari maklumat. bersaing dengan stesen televisyen yang lain, mereka harus berlumba-lumba unutk menjadi yang pertama menyajikan informasi kepada orang ramai. tidak hairanlah, jam kerja mereka juga tidak menentu.


pegawai khidmat pelanggan (customer services)

mereka umpama 'kaunter aduan'. inilah salah satu tugas berat pegawai kihidmat pelanggan iaitu menampung keluhan  masyarakat terhadap produk yang mereka gunakan. bukan pelik ya, mereka kerap dicaci maku pelanggan yang tidak puas mendengar penjelasan. sayangnya, situasi itu tidak hanya dialami sekali tapi boleh dikatakan setiap hari. penjelasan yang diberikan pun sama sehinggakan diri mereka pun bosan untuk mengulanginya.


eksekutif jualan

bagi sesetengah orang, pekerjaan ini sangat penuh dengan tekanan. sebabnya, mereka harus ememnuhi sasaran jualan yang ditetapkan syarikat. proses ini amat menuntut pengorbanan waktu dan tenaga. jika sasaran masih jauh untuk dicapai, bersedialah untuk menghadap seorang klien ke seorang klien demi menyakinkan mereka untuk memakai produk yang dijual.



ada lagi kerja yang stress??



Photobucket
Read More...

Khamis, November 24, 2011

giveaway rumah warna coklat

Assalamualaikum ^^,




seperti biasa. on je bl0g perkara utama adalah cek comment. then pergi shoutbox untuk melihat jejak bl0gger yang sengaja ditinggalkan. tup2 ada satu tu aku kena tag. dalam hati berkata-kata contest ke segmen neh. rupa-rupanya giveaway. harap2 tak susah la syaratnye. @,@  nama pena nye tentang kita. ehem! tagline bl0g smelah. ^^  thanks!!!







berminat klik pada banner.



segala syarat dan details terus saje ke tuan empunya giveaway oke!


"PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA KERANA GENERASI SEKARANG PENENTU KEPADA GENERASI AKAN DATANG TENTANG BAGAIMANA MEREKA MELIHAT KEADAAN ALAM SEKITAR PADA MASA ITU NANTI"


tag:



good luck guysss!!!


Photobucket
Read More...

Rabu, November 23, 2011

kejayaan mereka di tiga majlis berprestij

Assalamualaikum ^^,




siapa2?? kepada sesiapa yang sangat rajin menekan-nekan tabs yang buat kat atas tu mesti dah boleh agak aku nak bercerita pasal siapa. well kepada blogger yang baru hendak mengenali ceriteraliyana, welc0me to KRU world. it was here!!! I am the supporters! *wink3!!

tiga majlis berprestij? sudah semestinya Anugerah Skrin, AIM 18 dan yang lates FFM 24. jom take a look kategori dan award ape yang mereka dah dapat tu. trolllll~~~



Anugerah Skrin 2011

Filem Terbaik - MAGIKA

see?? sesuai dengan tagline filem ni. " tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi". walaupun MAGIKA mendapat kontroversi yang hebat saat menerima anugerah di FFM 23, lagi sekali MAGIKA berjaya membuktikan kekuatannya yang tersendiri apabila menang dalam kategori ini di Anugerah Skrin 2011. congratulations!!!



AIM 18

Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih compose Edry Abdul Halim by Anuar Zain

bila di AIM semestinya satu majlis yang sangat sesuai bagi mereka yang bergelar komposer dan penyanyi. s0, di sini Edry lah tunjang utama antara mereka bertiga. hasil sentuhan Edry itu, lagu Sedetik Lebih berjaya merangkul anugerah dalam kategori Lagu Pop Terbaik nyanyian Anuar Zain. malah Anuar Zain turut memenangi anugerah Vokal Lelaki Terbaik di dalam lagu menerusi lagu Sedetik Lebih. congrats!! for both of you!.



Festival Filem Malaysia 24

Filem Terbaik FFM24 : Hikayat Merong Mahawangsa
Skor Musik Asal Terbaik : Edry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa
Pereka Kostum Terbaik : Rosada Abdul Hamid - Hikayat Merong Mahawangsa
Sinematografi Terbaik : Mohd Noor Mohd Kassin - Hikayat Merong Mahawangsa
Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharudin / Kek Tim Lim - Hikayat Merong Mahawangsa
Lagu Tema Asal Terbaik : Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih by Anuat Zain
Kesan Visual Terbaik : Yusry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa
Poster Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa


daripada 12 pencalonan yang KRU Studios tercalon. KRU Studios berjaya meraih lapan anugerah daripadanya. dalam pada tu still ada juga suara2 yanggg paham2 sendirilah. aku pun malas nak komen sangat. inisiatif mereka yang diam tu pada aku sangat bijak untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah keruh. dan seperti kata Norman, dia sudah dapat mengagak perkara ini pasti akan terjadi sepertimana kejayaan filem MAGIKA di FFM 23.





selanjutnya baca di sini.


setiap kejayaan yang kita peroleh, pasti akan menimbulkan perasaan cemburu dan tidak puas hati bagi sesetengah pihak. mungkin kah kita pencabar terdekat mereka?





Photobucket
Read More...

WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 3

Assalamualaikum ^^,





eh2!! blogger yang aku duk usha2 bl0g die tu kan ade buat bl0gslist lah!! alamak! kant0i aku skodeng blog die. haishhhh! @,@



ohh yeaaahhh! inilaah die bl0gger nyer. sesape berminat meh lah j0in bl0glist sis ni. seperti biasa tekan banner, nanti tinkerbell tunjukkan kan jalan nak ke sana oke! =P

exchange link?? alaaaaa dah berzaman dah link sis ade duk melekat kat sidebar tu. cer tengok. =)


dapat ke tak dapat ke dapat?




Photobucket
Read More...

Ahad, November 20, 2011

just snap it!

Assalamualaikum ^^,




ahaaaa! ini adalah koleksi stok gambar yang aku simpan. semalam masa kebosanan buat assignment aku mencurahkan segala idea kreatif untuk edit gambar2 yang terpilih kat bawah neh. kreatif ke tak kreatif korang nilai lah sendiri. i am just the amatur one oke! ^^




gambar ni aku tgk camera sebenarnye. tapi aku edit jdi mate aku pandang tempat lain. ^^




saje jek besarkan gamabr neh. hehe




oke! yang ni aku palin sukeeeeee!! weeeee!!




to be frank aku sebenarnya suke ambil gambar. but! selalunya abang aku yang akan amek gambar. tapi takdelah sampai adakan khusus satu hari untuk amek gambar. dah macam photoshoot pulak kan. aku ni bukan model pun. selalunya kalau ada jalan2, so aku akan cube sedaya upaya untuk pose. hekhek. most of the time haruslah KAKU. haha.

so, what on your mind??? berbakat ke hancuss!! haha. let me know.



Photobucket
Read More...

Sabtu, November 19, 2011

bosanlah bila cerita topik ni

Assalamualaikum ^^,




betullah orang cakap. kawan susah sama susah, susah nak cari. macam nak cari kuman. macam nak cari barang dalam keadaan yang gelap gelita. at last. tak jumpe. tapi masih nak mencari. sebab kuman tu perlu untuk kite kena buang. tapi masih nak cari sebab barang tu penting untuk di gunakan. that's why kena cari jugak. sama konsepnya dengan kawan. bertahun-tahun mencari. masih belum jumpe. tapi takkan nak putus asa???? yeahhh!! sometimes. aku jadi sangat fed up bila bukak topic neh. malangnya bila duduk sorang2 melihat keadaan sekeliling. apa yang aku nampak. apa yang aku perhatikan. pasti akan timbul balik topik ni. haissshhhh!!!

kenapa aku kisah ni terungkit lagi kali ni?? hurrmmm... saat die nak bersuka ria. pergi sana sini. have a vacation with others. nama aku ada die mention?? NOPE! ade dalam listname antara yang die nak ajak?? NOPE. sebab kalau semua ni ada. aku pasti akan diberitahu. ni tak tup2. upload kat .... dengan gambar2 yang menunjukkan itu adalah hari paling bahagia buat die. tibe2 tnye nak pinjam dollar. aikk?????? aku ni bank ke?? time ko suke2 nak keluarkan dollar tu ade ingat aku? of course lah tak kan. aku kan di perlukan masa ko susah. *sigh

yes! aku bukan yang jenis sangat berkira dalam soal dollar neh. but orang selalu cakap. PENGALAMAN MEMANTANGKAN KITA. and pada aku at the same time. maksudnya adelah pengalaman dulu mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati. dan aku pun pernah tolong die. tapi yang jadi persoalan KENAPA bila untuk masa bersuka-suka aku langsung tak tersenarai?? aku bukanlah kempunan tak dapat jenjalan dengan ko. sikit pun tak oke! jangan salah paham aku tak terkilan pun. tapi paham2 sendirilah. bila ko dah susah baru nak cari aku??????????? WHAT FOR? oh yaa!! aku tau dah jawapan nye. aku ni just kawan ko masa susah jek kan??? JUST SAY IT!



mangsa. AGAIN??? FED UP!!! 


Photobucket
Read More...

Khamis, November 17, 2011

hari itu

Assalamualaikum ^^,




menjengah juga aku kat blog yang penuh dengan tinkerbell neh. oh yes! dua tiga hari ni aku tak berapa sihat yang mana membuatkan aku sangat2 merindui untuk menatap blog neh. terbang2 ke blog blogger lain. huhu. hari juga aku berjaya mengahabiskan senarai blogger yang dah j0in segmen sme dengan aku. fuhh!! ramai kot. jenuh jugak aku nak terbang lepas satu2. @,@


********************

sunyi. gelap. aku tak berkata apa2. hanya aku sahaja. termenung dan berfikir. baru saja aku nak bergembira kenapa mesti aku di uji sekali lagi dengan perkara2 sebegini. hati menjerit. meronta-ronta. kenapa dan kenapa. tiada jawapan. lagi sekali otak aku pantas berfikir. nyata sekali ia adalah fikiran yang positif. Allah menguji aku lagi. setelah memberikan aku kegembiraan yang tak terkata. baru mula nak merasa nikmatnya. dugaan dan cabaran datang silih berganti. KEHIDUPAN.

ada yang berkata. tak best hidup kalau xde cabaran. yeahh! aku setuju dengan tu. tapi bukanlah dengan pelbagai ujian yang sebegini. terkadang aku merasakan yang aku tak tertanggung nak menanggungya. TAPI. aku percaya. Allah menguji hambanya kerana Dia tahu hambanya ini mampu mengharunginya. Allah Maha Mengetahui.

to be frank, sebagai manusia biasa aku memang tak terdaya. puas mencari kekuatan untuk aku berdiri dengan teguh. bila terlalu memikirkan tentang diri sendiri. sebenarnya kita terlupa dengan mereka yang berada disekeliling tanpa kita sedari. merekalah sumber inspirasi dan juga kekuatan untuk diri kita. PARENTS. memang tak boleh di sangkal lagi.

setiap yang berlaku ada hikmahnya. walaupun kadang2 aku tertanya-tanya apa dia??. at the end puas mengharungi onak duri ranjau kehidupan aku nampak hikmahnya. dan SAKIT sebenarnya sebelum tu. tapi saat itu nanti aku merasakan sangat TENANG. ^^,

*********************

dugaan yang datang silih berganti membuatkan aku matang dalam berfikir. walaupun kadang2 aku macam orang tak "betul"



Photobucket
Read More...

Rabu, November 16, 2011

wordless wedensday

Assalamualaikum ^^,





muka2 keletihan + kehausan + kelaparan + kepenatan = KEGEMBIRAAN
@_@










UiTM di hatiku. kenangan ini tersemat di hatiku.





Photobucket
Read More...

Isnin, November 14, 2011

contest blog simple but awesome

Assalamualaikum ^^,









rase2 nak join. meh leerrrr. ramaikan kan lagi peserta. weee!!!  oh ya! nak tau details klik banner atas tuh k! nanti tinkebell bawak korang pergi blog tuan punya contest ni. cik nurul hanani  ^^


budget boleh menang jek kan. hehe




Photobucket
Read More...

Khamis, November 10, 2011

tahniah buat KRU Studios di atas pencalonan HMM di FFM 24

Assalamualaikum ^^,







wahhh!! berita gembira!! selepas kejayaan filem Magika arahan Edry Abdul Halim di Festival Filem Malaysia ke 23 tahun lepas. tahun ini giliran Yusry Abdul Halim pula selaku pengarah filem epik Hikayat Merong Mahawangsa yang mana telah menerima sebanyak 12 pencalonan daripada 23 pencalonan akhir di Festival Filem Malaysia ke 24.

FFM 24 akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). juga secara langsung di Astro Prima saluran 105. tahniah for the whole team!! 




ehem!! dalam pada berita gembira. sebenarnya berita buruk jugak kat aku sebab FFM 24 ni berlangsung pada hari ahad. yes!! ahad. means aku lagi sekali tak berpeluang menyaksikan karya inspirations aku di pertandingkan pada malam itu. sadis!! 

ingat lagi. masa FFM 23 berlangsung. masa tu aku bertungkus-lumus, tergolek duk hafal nota2. refresh and recap semua nota2. sebab esoknya tu aku ada final exam. huhu. dalam pada duk hafal tu kepala otak masih teringat-ingat menang ke tak Magika neh. hehe. dan sumber yang memberitahu adalah kakak aku. dia akan message bila KRU naik stage. menang award apa. sampailah aku tido. FFM still belum habis and filem terbaik masih jauh lagi untuk di umumkan.

esoknya. subuh2 bangun cek ada message. hati berkata-kata "mesti along neh".."Magika menang filem terbaik kot?". yes!! that's it!! rasa nak melompat + menjerit. macam2 lagila. TAPI tak boleh enjoy sangat sebab aku ada exam pagi tu. dan dengan berita itu jugaklah mood aku sepanjang hari happy. so, aku jadi bersemangat untuk menjawab exam pagi tu. paling best bila senyuman setiasa terukir pada hari itu sampailah ke dalam dewan periksa.  @_@

apa2 pun aku mengharapkan kejayaan milik mereka kali ini. seperti kata mereka "menang ke kalah, diam adalah lebih baik".  bukan bermaksud mengalah. tapi untuk megelakkan lebih banyak prasangka. seperti lagu Fanatik. "...diam adalah pintar...." ^^,


setiap yang berlaku ada hikmahnya


Photobucket
Read More...

Rabu, November 09, 2011

TIP : penjimatan petrol

Assalamualaikum ^^,





beli petrol ketika suhu tidak panas
waktu pagi dan malam adalah waktu yang ideal untuk kamu mengisi petrol kereta berbanding pada siang hari. pada suhu ini, isi padu petrol lebih padat kerana pam petrol hanya mengukur isi padu bajan bakar dan bukan ketumpatannya. secara teknikalnya, kamu akan medapat lebih banyak petrol berbanding pada waktu tengah hari.

periksa tekanan tayar kenderaa
keadaan tayar yang kurang angin akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 2% untuk setiap PSI di bawah tekana sebenar. keadaan ini juga menyebabkan janka hayat kereta lebih pendek. jadi pastikan kamu membeli alat pengukur tekanan udara tayar yang berkualiti dan simpalah di dalam kereta kamu.

memperlahankan kenderaan dan pandu mengikut had laju
kenderaan yand dipandu pada kelajuan 110 km/jam akan menggunakan 20% lebihan petrol berbanding kelajuan 90 sehingga 100 km/jam. oleh itu, pastikan kamu memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan.

elakkan penggunaan pendingin udara secara kerap
tahukah kamu pendingin udara mampu mengurangkan kapasitu petrol? pendingin hawa mengurangkan ekonomi bahan bakar sebanyak 10% sehingga 20%. gunakan sistem pengudaraan hawa sebagai gantinya.

jangan memandu dengan cermin terbuka
ketika berada pada kelajuan yang tinggi, jangan buka cermin kenderaan di lebih raya kerana ia mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 10%. lebih baik sekiranya kamu menggunakan sistem pengudaraan yang ada pada kenderaan kamu.

jangan membiarkan enjin hidup tertalu lama tanpa bergerak
walaupun pada suhu yang sejuk, jangan mebiarkan enjin kamu hidup terlalu lama tanpa gerakan keran ia akan meyebabkan penggunaan lebihan petrol.

elakkan menggunakan gear rendah
cuba kekalkan had laju kereta lebih daripada 34 km/jam. langkah gear dari gear satu terus ke gear tiga atau empat ketika keretea menuruni bukit mahupun melalui jalan ra. tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. apabila memandu secara automatik, tingkatkan had laju kamu dengan segera. jangan hanya menggunakan gear lima di lebuh raya sahaja.

kurangkan bebanan pada kereta kamu
buang segala aksesori barang yang tidak perlu pada kereta kamu kerana ia membuatkan kereta kamu kurang aerodinamik akibat bebanan serta mengurangkan tahap kecekapan kenderaan.


sumber : majalah Remaja.



Photobucket
Read More...

Isnin, November 07, 2011

Segmen | Naikkan Trafik, Tambahkan Follower, Ramaikan Pembaca

Assalamualaikum ^^,







!✿Cik Purple Punya Blog✿!

klik banner untuk join.

entri yang wajib korang baca??
meh pegi sini

(ada kat tabs atas tuh)

sebabnya di sani aku bercerita tentang asal usul blog aku. antara koleksi header yang pernah aku guna before dan macam2 lagi. hopefully korang enjoy!!


nice to meet you guys!!! ^^,
Read More...

Ahad, November 06, 2011

fogetting??

Assalamualaikum ^^,





is that your reactions to those who you make the mistakes??
EGO. i try to be not too egoist infront of you. what I do?? I try to says something. opss!! sorry its the words actually, "hey!!..." and...what else???. I forgot. yes! FORGOT. I don't want to remember anything bout you anymore. why?? i am too upset of you.

my question is. my you are too ARROGANT on that day?? yeahh!! maybe you want me to say hi first. even though you saw me first right?? thanks God for not seeing you as the first person on that day. fuhh!!

i don't know what you have says bout me to others. but what i know is. i am pity with those people because listening with all of your story or maybe a STORY LINE?. oh yesss!! like in the movie right?? yes!! you are the one create this problem. CONGRATULATIONS for being the PERFECT script writer!! maybe the next award you will get it??

 if you are not make any mistakes to me. WHY don't ever talk to me?? IN FRONT. are you SCARY????WHY?? when I trying to talk to you. you are running?? huh! don't ever try to said that you are looking for the bla bla bla bla.... to be frank its hard for me to believe that I was greet you first. because it is totally NONSENSE!!!  

one more thing you are also such a good ACTRESS!! why? of course yes. in visual you are acting like there is nothing happen. BUT, in REAL??? you know what? I AM REALLY PITY WITH YOU. the way you trait me?? huh!! i am never take a part on that. yes!! for what i need to think, if it was your real CHARACTER???!!


nothing related to those who were my FRIENDS. because FRIENDS never trait FRIENDS as above situation.

Read More...

Sabtu, November 05, 2011

mid term

Assalamualaikum ^^,




akhirnya dapat jugak aku balik johor dengan masa yang panjang. bila di kira-kira ini adalah kali ke tiga aku berpeluang balik ke Johor. ok la kot. tapi tak ok rasanya kalau nak dibandingkan dengan zaman dip dulu. sementara nak tunggu mid term banyak kali dah balik. hehe. well dulu lain sekarang lain. @_@

ok! mid term. rasanya nama kena tukar. should be mid assignment. haha. kami di bekalkan dengan berguni-guni assignment daripada our lovely lecturer. h0hoh0. tak dapat nak melepak sangat. but for the moment aku type entry ni. to be frank aku aku x start ape pun lagi dengan segala assignment. after this baru start. good luck to me!!

oh ya!! lagi satu perkara yang aku tersedar. semenjak aku sibuk dengan new student life ni kan. aku tersedar yang aku agak ketinggalan dengan segala berita dalam dunia hiburan. sebab nye semalam kan ada Anugerah Skrin. so, banyak jugaklah yang aku realize aku tak tahu. btw, bukanlah perkara buruk pun. as long as aku tak ketinggalan with my subject. BAGUS! itu yang mak aku cakap bila aku bagi tahu yang aku dah lama tak mengikuti perkembangan dunia seni ni. even berita2 terbaru pun aku agak ketinggalan. yelah. mana ada tv. radio pun bukan radio yang memaparkan berita sangat. *alasan!!   kwang3!!!


ok! nak buat assignment dah ni. daaa!! jumpe lagi geng!


good luck buat Kru Studios di atas kemenangan filem Magika di Anugerah Skrin semalam. *nantikan update  itu ^^




Read More...

Khamis, November 03, 2011

KRU : VIKINGDOM

Assalamualaikum ^^,




update terbaru daripada my inspiration. lame jugak tak berceritera tentang mereka. dalam pada Edry sibuk dengan penggambaran 29 Febuary. muncul pula next filem dari Kru Studios. VIKINGDOM. arahan Yusry. Written by James Coyne.





wah!! tajuk jek dah buat aku interested. *reaksi normal aku kalau KRU punya product..lalala~~  oh ya! sebelum terlupa filem ini merupakan filem 3D yang mana memecah tradisi industri perfileman di Malaysia sebagai syarikat tempatan pertama yang akan menerbitkan filem bertaraf Hollywood TAPI dengan menggunakan tenaga produksi tempatan.  genre yang di gunakan adalah Action, Adventure and Fantasy in Streoscopic 3D. a big CONGRATULATIONS KRU Studios!!!






selanjutnya aku ambil daripada official page VIKINGDOM di facebook. ehem!! sebelum tu sudi2lah like page tu. ^^,


From the mists of time comes the clanging of steel , a collision of myth history : Vikingdom.

Based on viking legends and the epic poems they left as record, Vikingdom is an adventure in the style of '300', shooting in stereoscopic 3D with elaborate visual effects and astounding battle sequences.






Read More...

Selasa, November 01, 2011

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

Assalamualaikum ^^,




on9 jek terus ternampak segmen dari cik lulu. terus laju jek tangan nak join. hohoho. bukan ape lame giler kot aku biar blog ni bersarang. s0, jom kita join segmen cik Lulu ni ramai2. nak join klik jek banner oke!








tinkerbell akan berterbangan ke blog blogger2 lain agak lambat sikit. mencari-cari masa free.^^  nice to meet you guys here!!



love,

Read More...

REVIEW : FOLLOWER 500

Assalamualaikum ^^,




waaaa!! bukak2 jek bl0g setelah sekian lame tenggelam tak timbul2. follower aku dah jejak hingga ke angka 500. alhamdulilah. thanks semua!! anda yang bergelar blogger. ^^,

s0?? siapa blogger yang melekat kat nombor 500 tu?? lets check it out!




first impression?? tuan punya blog neh suka kaler pink!! sebab blognya dipenuhi dengan kaler pink yang sangat2 terang oke. so, jom ikut tinkerbell terbang2 sana geng!!

nk copy banner dia letak dalam ni tak boleh. sebab dia unavailable right click. huhu *sme jek ngan aku. @_@









love,
Read More...