Jumaat, November 25, 2011

INFO : 8 pekerjaan paling stress

Assalamualaikum ^^,




copywriter

selalunya copywriter bekerja dalam sebuah agensi. bersama pengarah seni yang merupakan sebahgaian daripada pasukan kretif, copywriter harus menemukan idea wording suatu produk berdasarkan kemahuan klien. mereka mesti menyampaikan mesej seseingkat mungkin, memiliki makna yang luas sehingga mudah mempengaruhi orang lain. pokoknya, perkerjaan ini benar-benar menguji kreativiti. bukan mudah ya, kadang-kadang klien tidak berpuas hati dengan idea yang diberikan. ada kalanya mereka terpaksa merombak idea berkali-kali. itu yang menyebabkan ada di kalangan copywriter yang terpaksa tidur di pejabat.


perhubungan awam

profesion ini bertindak selaku 'barisan hadapan' sesuatu syarikat kerana bertugas sebagai jurucakap. maknanya, mereka berperanan penting dalam membentuk imej syarikat. salah cakap sedikit sahaja, akan memberi kesan pada nama syarikat. sewaktu mengadakan majlis dan menjemput para media, biasanya perhubungan awam ditugaskan untuk membuat kenyataan media. mereka jugalah yang akan berkomunikasi secara langsung dengan orang ramai. walaupun penat dan bosan, perhubungan awam mesti tetap bermulut manis.


model

inilah dia profesion yang diidam-idamkan kebanyakan remaja. boleh glamor sekali gus sentiasa dilihat cantik. namun disebaliknya, ramai model yang berasa tertekan. maklum saja, persaingan di bidang ini sangat tinggi. masing-masingberlumba-lumba untuk tampil sempurna dan sentiasa cantik. berisi sedikit, tidak lakulah jawabnya. sudahnya ramai yang rela makan sedikit demi mempertahankan tubuh agar sentiasa langsing dan menjadi perhatian agensi model.


arkitek

profesion yang satu ini bekerja dengan deadline ketat baik dari segi perencanaan, reka letak, konstruksi ruang dan oerumahan. dengan kata lain, mereka harus membuat konsep yang matang dan cermat demi menghasikan bangunan yang selamat dan cantik untuk didiami. arkitek juga mesti memantau pelaksanaan projek di lapangan agar berjalan sesuai dengan perjanjian yang ada. untuk projek tertentu, mereka juga perlu mengawasi pekerjaan yang dilakukan kontraktor. tanggungjawabnya besar..


pembaca berita

cantik, berpengetahuan luas dan menjadi perhatian masyarakat. itulah imej seoran goembaca berita. padahal, kerjaya ini bukanlah seindah yang disangka. mereka sebenarnya bukan hanya membaca berita tetapi mereka juga merangkap wartawan yang terjun mencari maklumat. bersaing dengan stesen televisyen yang lain, mereka harus berlumba-lumba unutk menjadi yang pertama menyajikan informasi kepada orang ramai. tidak hairanlah, jam kerja mereka juga tidak menentu.


pegawai khidmat pelanggan (customer services)

mereka umpama 'kaunter aduan'. inilah salah satu tugas berat pegawai kihidmat pelanggan iaitu menampung keluhan  masyarakat terhadap produk yang mereka gunakan. bukan pelik ya, mereka kerap dicaci maku pelanggan yang tidak puas mendengar penjelasan. sayangnya, situasi itu tidak hanya dialami sekali tapi boleh dikatakan setiap hari. penjelasan yang diberikan pun sama sehinggakan diri mereka pun bosan untuk mengulanginya.


eksekutif jualan

bagi sesetengah orang, pekerjaan ini sangat penuh dengan tekanan. sebabnya, mereka harus ememnuhi sasaran jualan yang ditetapkan syarikat. proses ini amat menuntut pengorbanan waktu dan tenaga. jika sasaran masih jauh untuk dicapai, bersedialah untuk menghadap seorang klien ke seorang klien demi menyakinkan mereka untuk memakai produk yang dijual.



ada lagi kerja yang stress??



Photobucket

10 ulasan:

  1. Saya rasa yang paling stress ialah pelajar/mahasiswa.. Stress je memanjang.. memang pening kepala den

    BalasPadam
  2. ade ade.
    jd cashier pun stress.
    lyn kerenah pelanggan.
    tp tu bkn alasan nk sound pelanggan sesuka hati.
    lagi2 pelanggan yg lagi tua.
    takkan tk boleh hormat.
    setuju tak?
    :D

    BalasPadam
  3. @Lyana M h0ho. boleh jdi jugak kan..sebab kite berurusan dgn org, s0, mcm2 ragamlaaa..sabo jelaa =))

    BalasPadam
  4. ade2.. kerja bank...sebb ieyza student banking.. lecturer ckp kerja bank memang stress... hot temper xleh keje bank.. huhu

    BalasPadam
  5. tu la..banyak kerja stress...

    nak duduk saja la men blog..ehheheh...;-) study pun kdg2 stress...

    BalasPadam
  6. @ieyza afieyna bank?? haruslah kan? sbb kna mengadap nombor ari2 + klu kire x blance mula la kannn..^^

    BalasPadam
  7. @ILA HonEyBuNNy a'ah kan? sume kerja ade stress, bl0gging jelah ek..=)

    BalasPadam
  8. huhu semua keje memenatkan

    BalasPadam

thanks for commenting ! love ..