Sabtu, Januari 28, 2012

program bitara dinamik - PART 1 : water confident + jungle tracking + night walk

Assalamualaikum ^^,




hye all!! entry kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku mengikuti team building untuk programme aku last semester. team building ni adalah di antara senior dan junior students dari programme OM221. so. seems kami hanya ada tiga semester. takdelah ramai sangat. hurmmm dalam pada tak ramai tu. tiga bas jugak yang pergi. @,@

agak lambat aku update kisah ni. yelah. mana ada masa nak update before. even masa nak pergi team building ni pon aku malas giler kot! sebab assignmnet, kuiz, test semua setia menuggu. but! think positive then everything going smoothly.

sinopsis sket pasal team building ni. di anjurkan oleh BOSS (bachelor office system society). lokasi di tasik chin chin atau kem dr. forest jasin melaka. program berlangsung selama 2 hari 1 malam. aktiviti yang di adakan adalah water confident, jungle tracking (aku rasa dah macam jungle water @,@), night walk, water rescue dan kayak. hipotesisnye adalah 99% ktorang semua bergelumang dengan aaaiirrrrr!! sejuk!

jom! aku cerita based on caption for each picture okeyh!




sapela yang buat banner neh. first time tgk tergantung kat kampus. reaksi aku "eh! bole tahan gak banner ni"



sampai2 kitorang di sajikan dengan mee goreng yangggg??? ramai yang tak habis. kenyang ke?????*shhhtttt!!



selesai makan. berkumpul. alih2 kena denda. apedaaaa!



masing2 khusyuk dengar briefing untuk water confident. masa ni aku dah pikir macam2. sebab die kate tak guna life jacket. aku ni dahla pandai berenang. fuuhhh!!



mereka2 yang menjaga ktorang untuk aktiviti water confident. 4 daripada mereka adalah ahli bomba yang terlatih. tapi! aku tetap risau.



berbaris tunggu turn untuk terjun.



ok! aku berjaya timbul dengan selamat. alhamdulilah. legaa!!



see???! the twin. =))



well, aktiviti sampingan bila pergi kem. game ni tak tau ape nama dia. ada sebut siput sedut. macam mane entah ek. dah lupe. 




da start jungle tracking. ni group si diera ni. group first yang masuk. cube cari mana die.



ni aku berdiri betul2 tepi tebing sebelum masuk dalam paya tu. nampak tak aku????? ;D



first cabaran. kena selam dalam lumpur. aku berjaya harunginya tanpa tersangkut kat palang2 tuh. dan akibatknya keluar jek dari situ, baju yang asalnye kaler hitam jadi warna lumpur. tapi kan aku pernah masuk lumpur lagi banyak dari neh. paras pinggang kowt. selam tu dah semestinya. dorang ni takde keje lain agaknye. haiisshh!!



lepas kat lumpur masuk sini. tak boleh bangun. kena jalan cam tu jek. saje jek!



haa!! kat sini dalam. nampak tak palang tu. banyak taw yang ktorang kena lalu. mesti selam lalu bawah kayu tu. tak boleh lompat atas ke lalu tepi ke.



kena rendam kat sini dulu main speed bot. haha. lubuk lintah katenya.



next pulak. ktorang gelar. air kopi. kat sini dah la kena lari then lompat masuk kat situ. bila tengah lari masa nak terjun tu ade pulak manusia yang tolak. haisshh! tecbukkk!! lah semua. 



kena diam tak boleh cakap and buat bising. masa ni semua dah gigil. sejuk yang amat oke! sampai terketar-ketar. gigil satu badan weyhhh!



keluar dari air kopi tadi. tak boleh bangun . kena jalan itik. lagi sekali dengki! @,@



lepas keluar kat air kopi tadi kena lalu kat semak2. then baru jumpa yang ni. mula2 aku ingat kaki boleh jejak. masuk jek memang langung tak de tanah. hanya bergantung kat tali tu jek. *eh! tali ke?? bukan tali tu die macam getah bentuk empat segi.



lepas lalu yang tali tu. lagi sekali lalu kat semak2. then jumpa lah yang ni. mula2 ok jek. makin lama makin dalam. kat gambar tu ktorang tak duduk taw. ktorang berjalan cam biasa. dalam oke! kat depan sket tu dah paras dagu.



akhirnya ktorang keluar daripada air. tapi!! belum selamat. tengok muka masing dah kena sapu lumpur! takde yang terkecuali. sape baju yang nampak bersih. lagi dorang sapu lumpur ada. termasuk lah aku tu. 



dah sampai!! berkumpul dulu. lama jugak neh. di tambah pulak dengan majlis persandingan pengantin yang di hias dengan rumpai laut. *xnk tunjuk ah. tkut tuan punya badan malu



game lagi! and lagi sekali aku tak ingat. rase2 aku tak ingat ni ada kena mengena dengan kepala aku terhantuk kot. huhu



weee!! baju ktoran same! yang baju merah tu interprem memanjang.



berbique *maaf atas kesalahan ejaan. aku tak reti eja. kesiaannnn



makan malam dengan lauk2 yang di berbique tadi.



kumpulan aku kena denda sebab tak jumpa lintah and tumbuhan2 yang mengarut.



lepas perbentangan kumpulan. ada aktiviti LDK pulak. dan lagi satu game. yang ni aku ingat. sebab ada main kat PLKN dulu. cam ni "angkat tangan kanan, golek2 turun tangan kanan duduk diam2". amacam mesti pernah dengar kan. dah lepas LDK. ada supper pulak. then terus dengan aktiviti night walk. 

night walk kena ikat mata dengan baju. pegang orang depan. then jalan. macam2. kena jalan itik lah.kena bongkoklah. padahal jalan lapang jek kan. confirmnya lah!! sampai kat satu tempat dorang suh duduk. then dorang panggil group by group and lepas kan sorang2. jalan kat gelap2 tu sensorang. 

aku masa mula2 tu ok lagi. di tambah pulak malam tu gerhana bulan. so. teranglah kan. tengah syok jalan menikmati cahaya bulan yang terang tu . tiba2 otak aku terpikir manalah tau kot2 aku termasuk kat bermuda triangle ke kan? terus aku lari. lari punya lari ade pulak yang jadi hantu. kuang asam!! siyes aku cakap yang jalan yang kena lalu tu panjang sangat. orang yang lepaskan aku tu kata jalan sampai jumpe lampu. aku rasa aku jalan dah jauh tapi mana lampu tu??? ni lagi satu sebab kenapa aku lari. 

nampak jek lampu lagi aku lari laju. hehe. tapi tak nampak orang. rupanya2 dak2 yang dah lepas ni duk nyorok kat tepi. h0ho. masa ni dah pukul 3 pagi tak silap aku. tunggu yang lain2 lagi. pukul 4 lebih baru sampai kem. bersihkan sket lumpur yang ade kat baju ngan seluar. dengan tak ganti bajunye. cari tempat kosong. boomm!! terus baring. sebelah sape aku tido pun tak tau. dengan baju berlumpurnya. memang adventure! aku tido dalam kul 5 lebih. 

nantikan PART 2 pulak aku upload. ingat nak letak satu entry terus. tapi bila pikir2 untuk aktiviti satu hari jek dah pangjang macam ni.


Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

thanks for commenting ! love ..