Khamis, April 05, 2012

GAYA TIDUR lambang personaliti

Assalamualaikum ^^,




jom kita tengok gaya tidur korang sama tak dengan personaliti korang. baca tapi jangan percaya sangat oke ! @.@



tidur meringkuk

jiwa kamu sangatlah lembut, sensitif dan pemalu. kamu juga sangat berhati-hati dan tidak berani mengambil risiko. oleh sebab itu, kamu hanya akan bekerjasama dengan seseorang yang betul-betul dapat menyakinkan kamu sahaja serta projek tertentu. pasangan yang sesuai untuk kamu ialah gadis/jejaka yang boleh memberi ketenangan terhadap pasangan kamu. seandainya kamu menemui orang seperti ini, kamu rasa sangat bahagia.


tidur dengan meletakkan tangan di bawah kepala

kamu seorang yang sangat teratur, bertenaga dan rajin bangun pagi untuk memulakan hari kamu setiap hari. setiap yang kamu ingin lakukan haruslah dirancang dengan teliti. oleh sebab itu kamu tidak suka pada kejutan ataupun kerja-kerja di saat-saat akhir. kekasih yang suka bersikap jinak-jinal merpati ataupun bermain tarik tali memebuatkan kamu rasa marah. oleh itu, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang kamu kehendaki.


tidur dengan lengan berpeluk tubuh dan kaki meringkuk

hidup kamu terasa nyaman dan tenang serta kamu sentiasa bersiap sedia mencari peluang baru. ini kerana kamu mampu menerima ramai orang serta berkawan dengan sesiapa sahaja. kamu juga seorang yang boleh berkompromi. bagi kebanyakan orang, kamu sangat menarik kerana mempunyai sikap peka terhadap perasaan orang lain. kamu lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.


tidur terlentang

kamu mempunyai sifat penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa apabila menjadi perhatian. biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atai terkecil dalam keluarga dan selalu memilih perkerjaan bersikap kreatif. dalam urusan cinta, kamu perlu berasa bebas, sekiranya tidak kamu akan susah hati.


tidur meniarap

seorang yang ceria dan mudah bersahabat tetapi juga suka bergantung kepada orang lain. bagi kamu, hidup ini akan menjadi lebih bermakna kerana pengalaman. dalam berkomunikasi, kamu kurang mahir. kamu lebih cenderung memendam masalah sehingga masalah bertimpa-timpa.


sebarang posisi dengan satu tangan menyentuh bahu yang lain atau kaki rapat hingga lutut saling bersentuhan

kamu gemar melakukan uji kaji dalam kehidupan. namun kamu sukar menyampaikan keinginan hati, malah ada kalanya hingga tidak tersentuh. namun jangan risau kerana kejayaan mudah menghampiri kamu.


sumber : majalah remaja



6 ulasan:

  1. adam tido dengan pelbagai gaya.. kuak lentang pun ada.. huhuhu

    BalasPadam
  2. @Adam Narzuan alamak ! tu dah macam ngigau jek. =p

    BalasPadam
  3. @edcoustic naz ismail wahh ! semua die nak. senang kira. all in one lah. =)

    BalasPadam
  4. @iEdA rasanya sama dengan meringkuk tu @.@

    BalasPadam

thanks for commenting ! love ..