Rabu, Oktober 17, 2012

cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum ^^,



ok. cakap tak serupa bikin. explain.

awak2 semua. satu pesanan buat awak2 semua ye. kalau bercakap tengok2 lah sikit kat diri sendiri. jangan sampai orang cakap awak cakap depan cermin. sebab apa yang awak buat tu tak selari dengan apa yang awak cakap. faham ? tak faham sila google.

perkara yang buat kan aku tertarik untuk kongsi tajuk ini bila ia nya berlaku di sekeliling aku. serius aku tak faham dengan individu ni. adakah ini yang di katakan dunia ini sering berputar. bila kita buat orang satu hari benda tu akan berbalik pada diri sendiri. so, dalam erti kata lain jangan menyombong diri bila berkata-kata seolah-olah kita tak mungkin akan lakukan atau perkatakan kesalahan yang pernah dilakukan oleh seseorang. dunia sentiasa berputar. hidup ini cukup adil !

satu perkara yang perlu di ingatkan pada diri sendiri adalah kita hanya manusia yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. kadang2 semua yang berlaku di luar kawalan dan jangkaan kita sendiri. untuk mengelakkan perkara sebegini. yang penting adalah jangan menganggap diri kita sebagai manusia paling sempurna.

yes. secara zahirnya memang kita tak menyatakannya. tapi apabila kita menjadi seorang yang tidak boleh menerima kritikan daripada orang di sekeliling. tidak menerima pendapat orang lain. bukankah itu sudah menjawab ? ini juga menyebabkan orang di sekeliling merasakan yang anda perasan bagus. sempurna . padahal anda langsung tidak berniat. betul ? fitrah manusia tidak boleh lari daripada mengadili seseorang. setuju ?

jadi. apa yang aku ingin tekankan di sini bahawa bila nak bercakap atau buat sesuatu perkara. berpada-padalah. jalan paling mudah. cakap bila perlu sahaja. itu boleh mengelakkan kita daripada terus bercakap perkara2 yang boleh memudaratkan diri. seolah-olah membuka pekung di dada.

yalah. kalau masa orang tu buat salah mudah untuk anda menjatuhkan hukuman. tapi bila diri sendiri yang buat ? sebijik. serupa. terus lupa.




sama-samalah kita beringat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

thanks for commenting ! love ..