Jumaat, Disember 27, 2013

simple conclusions

Hey hello.
2013 will leave us. Leave me.
Berhenti. Ambil masa. Toleh belakang kejap. Banyak sangat yang berlaku dalam masa setahun ni. Dan banyak jugak cerita yang belum aku share dalam blog picisan ini. Well, in case aku lupa tentang sesuatu kenangan itu. Atau macam mana aku boleh dapat itu ini. Bila? So, boleh lah aku geledah balik blog aku ni. Tapi asyik tak sempat je. Mungkin aku akan #throwback next year. 
Nak buat entri ni pun ambil masa sebenarnya. Banyak taip dan berhenti. Terkenang. pop ! Sambung balik taip. 
Well, tak tahu nak mula dari mana. Aku dah pun habis belajar. I beat, this will be the very most missing ever feels to me ! Seriously ! Ya. Belajar tu tak best pun. Tapi the moment melalui hari-hari sebagai pelajar itu yang paling BEST. Dunia belajar. Dunia yang aku sendiri tak pernah terfikir dan tak jangka aku dapat rasa pengalaman tu. Dan juga dunia yang aku tak bersedia untuk tinggalkan lagi. Apatah lagi untuk berada di level terakhir ini. Tapi aku dah selesai semuanya. Aku kenalah keluar cepat nanti orang lain nak masuk tak boleh pulak. =.=
Tahun ni juga adalah tahun di mana aku struggle untuk mendapatkan pekerjaan. Putus asa. Pernah dan selalu je aku rasa perasaan ni. Menghadapi realiti kehidupan. Kehidupan sebagai orang baru nak mula bertapak. Baru nak kenal dunia. Baru nak tergolong dalam gologan orang bekerjaya. 
Mencabar. Sangat mencabar. 
Tak mudah bila kita kena bersaing dengan mereka yang lebih tajam pemikiran. Luas pengetahuan. Licik permainan. Mungkin aku adalah senior saat terakhir aku tinggalkan dunia universiti. Tapi hakikatnya bila keluar. Rasa kerdil sangat. Apa yang penting JANGAN PUTUS ASA. Walaupun kau dah putus asa (macam aku) tapi selalu ingatkan diri untuk BUAT. IKUT. Sebab kita tak tahu rezeki kita kat mana. 
Alhamdulilah, di hari-hari terakhir di 2013 ini. Rezeki itu ada. Saat aku dah pasrah habis. Life is unexpected. Itu yang berlaku pada aku. So. Ready. 
Tapi. yang pasti. Apa yang kita harapkan dan apa yang kita belajar tak semestinya akan menjadi kerjaya kita kelak. Peluang untuk bertukar industri itu ada. Sentiasa ada. Sebab sekarang zaman multiskill. Always keep in your mind. Belajar doktor pun belum tentu jadi doktor. Believe me. 
So. All the best. Zaman belajar. Fokus untuk excel dalam bidang yang di ambil. Nak dapat ANC ke First Class ke. Tapi once dah keluar. As a FRESH GRADUATE don't expect too much. Apply lah position yang available even berlainan industri. Jangan takut nak bertukar industri. Sebab sekarang company even government pun ada provide training. 

End of 2013. Thanks for completed with all the memories that  I never thought it will be.
Welcome 2014. 
Welcome for new working days here, JOHOR ! ;)
love,


Read More...

Ahad, November 03, 2013

di lema graduan untuk mendapatkan kerja

Assalamualaikum
Masa aku masih memegang status seorang siswi. cerita-cerita macam ni aku macam tak ambil port sangat. sebab masa tu aku fikir insha-Allah ada rezeki tak ke mana. Tapi sebagai seorang siswi aku tetap akan pretend benda ni kalau dah melampau sangat isu nye. Bukan melampau apa. Kadang-kadang orang ni kalau kita diam. Sebok duk jolok sarang tebuan. Tak kan nak diam kan orang dah rosakkan rumah kita. 
So, selepas empat bulan lebih aku menganggur then I aku faham perasaan lepasan universiti macam aku ni rasa. Mungkin aku tak boleh nak perbetulkan persepsi orang. The point is mereka yang mengatakan kami lepasan siswazah memilih kerjaya. terutama sekali mereka yang lebih BERPENGALAMAN. stop here. aku pernah cerita pasal ni kat sini
This time aku nak bagi tau situasi sebenar kepada mereka-mereka yang beranggapan 
" memilih sangat. sebab tulah "
ya. aku tak nafikan. kami semua graduan perlu bersaing dengan mereka yang suka bertukar tempat kerja dan employer yang mesti letak syarat untuk ada pengalaman untuk setiap position yang di iklankan. so, mari baca pengalaman aku selama empat bulan lebih pergi interview dan cari peluang kerjaya.
Berdasarkan apa yang sering di perkatakan.

1) Terlampau memilih JAWATAN.
Masa aku pergi career fair. Mata takde la tumpu pada jawatan yang besar-besar. So, bila rasa jawatan tu macam sesuai dengan Diploma yang aku ada. Aku duduk untuk apply.
" Nak mohon jawatan apa dik? "
" Secretary "
" Ada bawak resume ?"
" Ada " ( sambil keluarkan dan bagi pada interviewer)
" Eh! Adik tak boleh apply jawatan ni. Adik ada degree. Ni dah over qualified "
" Tapi saya nak guna Diploma "
" Tak boleh dik "
Ok. faham tak situasi dia sekarang. OVER QUALIFIED. So? Bukan salah aku bila aku tak mohon jawatan yang korang kata " mula dari bawah tu ". Bayangkan la kalau dah semua employer cakap macam tu. Setiap kali aku pergi interview untuk jawatan SPM dan Diploma. Bila orang tengok resume. Interviewer akan persoalkan. Last-last ayat " nanti kami call " habis macam tu jelah.

2) Terlalu memilih GAJI
Setiap kali datang interview mesti ada yang share atau tanya. First interview ke? Baru habis belajar ea? Dah kerja?
Jawapan:-
" tak lah. dah pernah interview "
" Ha'ah, baru habis belajar "
" Kerja macam kat butik-butik, cashier tu " (senyum)
See?? Kami memilih GAJI ? Tak baik tau serkap jarang. :)  Tahu tak ada tu kerja gaji rm700 je tau. and ada komisen. Hey !! Gaji sekarang basic semua rm900 tau. Tu yang kerja butik. At least adala komisyen. Tu pun kalau ada orang beli. Kan? 

3) Terlalu memilih TEMPAT/SYARIKAT untuk bekerja.
Ni pengalaman aku sendiri ok. Interview minggu lepas. Selepas sesi soal jawab dan sesi aku pretend diri sendiri yang sangat lama. Sampai satu soalan daripada interviewer:-
" Eh. Awak ada degree kan? " (sebab aku mohon jawatan diploma)
" Ya. Saya "
" Sayangnya. Syarikat saya ni kecil je tau. Awak tak cuba syarikat yang besar-besar ke? "
T_T
Fikirla semua. 
Untuk pengetahuan anda, kami tidak memilih kerjaya. Ya. aku setuju ada sesetengahnya amat memilih kerjaya. Kalau boleh nak terus ada kat atas. Ingat ! SESETENGAH. Bukan semua. Dan BUKAN aku. 

Tolonglah ya faham. 

Nobody has it easy, everybody has issues.  You never know what people are going through.  So pause before you start judging, criticizing or mocking others.  Everybody is fighting their own unique war.






love,


Read More...

Ahad, Oktober 27, 2013

perang di social network

Terkadang tertanya-tanya lah jugak. Apa tujuan social network ni semua ada ek? Well. Melihat senario pengguna-pengguna tegar social network, mungkin social network ni the best place untuk PERLI, MELUAHKAN, MELEPASKAN MARAH, RASA TAK PUAS HATI. Bukan lagi sebagai main medium untuk di jadikan tempat untuk berkongsi maklumat macam masa mula-mula kewujudannya lagi. 
Tak perlu ada social network kalau cuma nak melepaskan marah. Update status bila marah dengan orang. What for? Nak marah. Marah depan-depan. At least dia tau yang kau marah kan dia. Biar dia sedar diri sikit. Apa salah dia. Unless lah kalau kau nak marah tak bersebab. Orang minum air kat pentri pun nak update ko marah sebab asyik dia je yang minum air. Dah tu? yang ko tak pegi minum sama tu dah kenapa? 
Tak perlu ada social network kalau setakat nak mengadu rasa tak puas hati kau tu je. Tak puas hati dengan apa? Dengan siapa? Cari saluran yang betul. Bagi tahu terus. Kot ya pun zaman makin canggih takkanla sampai nak mengadu kat public kalau setakat jeles dengan officemate sebab dia naik pangkat? Sebab dia dapat rehat awal? Sebab dia dapat MC? Sebab dia dapat ikut bos pegi meeting kat tempat best2? Dah kerja kan? Dah besarkan? Dah boleh fikir kan? Fikir.
Tak perlu ada social network kalau nak main perli-perli. Pernah dengar tak. Kadang-kadang nak bagi orang sedar diri ni kita kena perli. Baru dia faham. Berani sangat perlilah depan-depan. Sebab kalau setakat perli-perli dalam dunia maya ni paling-paling pun dia cuma fikir " aku ke ? " .  Lepas tu dah. Tapi kalau depan-depan boleh mengekspresikan lebih sikit. Guna lah non-verbal communication sekali. Baru best ! 
Tak perlu ada social network kalau selalu nak MELUAHKAN PERASAAN. Meluahkan perasaan ni dah kira macam all in one. Rasa marah, rasa nak perli, rasa suka, macam-macam rasa lagi lah kan. Semuanya PERASAAN kita. Tapi kena ingat. Dalam pada kau meluahkan perasaan kau tu. Ada yang membaca, ada yang memerhati. Kau marah, kau benci, kau perli. Kau rasa takde yang terasa ke? Kau gembira gila sebab hari ni dapat dating? Ada yang memerhati. Mana tau secret admire kau ke? Musuh kau ke? Jap2 !! Eh friendlist aku semua aku kenal laa. Aku approve kawan-kawan aku je. Eh. Confirm ke musuh kau bukan dari kalangan kawan-kawan kau? Yakin? 
Sebab perkara-perkara macam ni lah boleh jadi salah faham. Dan bila dah ada salah faham memang parah. Aku dah mengalami. Aku tahu macam mana rasa dia. Di perli dengan macam-macam status. Berlarutan. Buang ego, cuba nak fahamkan keadaan yang sebenar. Tapi lain yang jadi. So. Yes. Aku give up ! Give up dengan social network. 
Sebab perkara ini jugaklah kau jadi tak kenal dengan orang yang kau sangka kau kenal. Hanya di sebabkan satu status. Hebat kan? 
Btw, tahniah lah sebab hanya berani mengekspresikan perasaan di social network. Kalau betul ada masalah cakap depan-depan boleh? Ni nak berbalas-balas status pulak. Tak biasa lah. Sebab perangai macam budak-budak. Nak jaga hati? Sebab tu tak nak cakap? Habis yang duk update sana sini. Canang sana sini tu? Jaga hati ke tu? 
Serius. Kalau ada masalah dengan seseorang lebih baik selesaikan face to face. Social network ni bukan di wujudkan untuk menyelesaikan masalah korang. Nama pun dah jelas. Tempat bersosial je kan? Tolong faham konsep. Back to reality.  
Opss sorryla! Aku pun nak jugak rasa macam mana rasanya bila share benda-benda macam ni kat orang ramai. Ikutkan hati ni dah banyak rasanya status tak matang yang aku dah update. Tapi selalunya bila dah taip-taip. Fikir lamaaaaa. Lepas tu highlight semua. DELETE. Offline.  =.=
ORANG BIJAK SANTUN BICARANYA
ORANG BAIK SOPAN PERILAKUNYA
ORANG PINTAR TEPAT FIKIRANNYA
ORANG STRESS UPDATE STATUS MELULU KERJANYA
* Ni kira entri meluahkan jugak ke?? =P
love,
Read More...

Khamis, Oktober 17, 2013

INSTABRIGHT SKINCARE

Assalamualaikum




INSTABRIGHT SKINCARE


NEW HOT PRODUCT !!

INSTABRIGHT SKINCARE !! 

Kepada anda yang masih tercari-cari produk kecantikan yang simple dan mudah untuk di gunakan tanpa perlu banyak step, INSTABRIGHT SKINCARE adalah jawapannya !!!

INSTABRIGHT idi perbuat daripada l-glutathione , pearl extract , collagen dan 10 lagi well-known nutrient untuk melindungi dan re-skin secara semula jadi

INSTABRIGHT juga di perkaya dengan omega 3 salmon efa yang membuktikan boleh mengelakkan/mengawal penuaan (premature aging) !!

INSTABRIGHT DI FORMULAKAN DI KOREA DAN DI PASARKAN DI MALAYSIA

FUNGSI

- Membersihkan wajah.
- Menghilangkan bintik-bintik hitam.
- Mengecilkan liang pori-pori.
- Mencerahkan wajah.
- Menghaluskan kulit.
- Melindungi wajah daripada sinaran UV.
- InstaBright Day Cream boleh dijadikan sebagai bahan asas untuk make-up.
- Mengurangkan jerawat.
- Menghilangkan/mengurangkan jeragat/freckles.
- Memudarkan parut jerawat.
- Menyekatakan warna kulit.

 KELEBIHAN 

Tidak melibatkan proses pengelupasan dan kesannya dapat dilihat dalam tempoh 5-7 hari bergantung kepada cara pemakaian dan penggunaan.

INSTABRIGHT NIGHT CREAM adalah product terbaik berfungsi untuk menghaluskan wajah , memutih , menghilangkan bintik hitam , melembabkan kulit , menghilangkan jerawat dan parut , menghilangkan jeragat dan mampu mengembalikan keremajaan kulit anda.

INSTABRIGHT DAY CREAM berfungsi untuk membantu mengurangi garis-garis halus dan kerutan, meregenerasi sel kulit lebih cepat, mengurangi flek hitam penuaan serta melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang mengakibatkan penuaan dini. Day cream kaya manfaat ini juga membuat kulit terasa lebih kencang, halus, elastis, lebih muda, serta membuat kulit terlihat lebih bersinar.

Get ur flawless skin now guys !! Ramai yang sudah menngunakannya! Terbukti keberkesanannya !!!

# Satu set mengandungi :
1) Sabun pencuci
2) Krim malam
3) Krim siang

=== PROMOTION PRICE !! Rm70 LIMIT to 6 sets only !! ===

Harga Promosi dah TAMAT !

Normal price Rm85 (s/m) Rm89 (s/s)

CEPAT2!! ORDER SEKARANG! STOK SAMPAI TERUS POS!! INGAT PRODUK SANGAT LARIS ! SIAPA DAH ADA DALAM WAITING LIST KAMI UTAMAKAN!! 

PM UNTUK ORDER DAN MAKLUMAT LANJUT -->>https://www.facebook.com/messages/aloeveragelflp

atau SMS ke 011 1762 4338 (yana)

LIHAT TESTIMONI 

>>> DI SINI <<<

Read More...

Selasa, Oktober 08, 2013

mewujudkan rasa kekitaan dalam diri sendiri

Assalamualaikum


Macam hebat sengat je aku ni konon-konon nak update blog pasal cara/tips. @.@ well this is called taktik supaya search engine menarik url aku untuk tersenarai bila orang google. =)



sebenarnya senang je cara nak mewujudkan rasa kekitaan atau semangat asabiah ataupun dalam OB called belongingness. tak percaya? meh aku share pengalaman aku selama beberapa bulan lepas. adat budak yang baru habis belajar macam aku ni. memang aktiviti nya hanyalah ulang-alik pergi interview je. percaya atau tak sebenarnya perasaan menjadi sebahagian tu memang dah wujud dalam diri kita semua. cuma keadaan dan faktor sekeliling sedikit sebanyak menjadikannya lebih kuat. faham?


Ni soalan membunuh nama dia.

cerita dia macam ni. sepanjang aku pergi interview. bila tengah tunggu turn. kebiasaannya kita akan berborak dengan lain-lain candidates. kan? well. kalau korang pergi interview tegur-tegurla orang lain jugak. jangan berlagak macam ko confident gila dapat keje tu. macam aku. mind set aku. yes pergi interview. tapi at the same time make friends !! seronok tau bila kita berborak dan kenal antara satu sama lain. berbanding kita terlampau fokus " agak-agak aku kena soal apa ek nanti " " nak jawab apa ek ". yes. memangla kena study pasal company tapi janganla bagi otak stress dengan semua itu. just relax and lets be natural. 



berbalik kepada tajuk. somehow kita tak sangka dalam banyak-banyak candidates tu ada jugak kawan-kawan kita. senior kita. orang yang tak pernah kenal langsung. tapi bila cerita dan cerita. " eh sama tempat belajar la" " awak habis bila? " " tahun bila " . see?? dan boleh bayang tak apa jadi lepas tu? korang akan jadi mesra alam. CONFIRM. sebab dia satu je. datang dari tempat belajar yang sama. kos yang sama. perbualan akan jadi rancak. kadang-kadang rasa macam dah kenal lama. tapi baru berapa minit jek. ada tu kat kampus langsung tak tegur. tup tup boleh borak panjang. thats how environment push our feelings. the feels of been apart. 

ini cuma contoh situasi yang untuk menggambarkan sebenarnya perasaan menjadi sebahagian tu memang dah wujud. banyak lagi contoh sebenarnya. macam kat sekolah. masa hari sukan ke. mesti ada khemah kan. kadang-kadang kita akan merayap jugak kan ke khemah-khemah lain. biasala kalau setakat mengejek, cabar-mencabar tu kan. kita yang menyibuk kat khemah rumah sukan lain ni secara tak langsung mesti pertahankan rumah sukan kita kan bila ada suara-suara sumbang walaupun tu semua gurauan. 

love,
Read More...

Selasa, Oktober 01, 2013

SENARAI NAMA FIRST GIVEAWAY VALLARYS

Assalamualaikum





OFFICIALLY CLOSED
SEHINGGA 12:00 MALAM 30 SEPTEMBER 2013




>> SENARAI NAMA <<


  1. http://sayasyiera.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  2. http://chocollyheart.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  3. http://farah-wahidah-blog.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  4. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  5. http://ga-contestdansegmen.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  6. http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  7. http://ayazukiiscullen.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  8. http://schomells.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  9. http://rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  10. http://mrssuperawesome.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  11. http://www.syuhadasalleh.my/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  12. http://lalazarryn.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  13. http://arinalola.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  14. http://supersagaaaa.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  15. http://walkstatic.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  16. http://flooveez.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  17. http://colourfulofainilife.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  18. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  19. http://anagurlz87.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-by-vallarys.html
  20. http://mommyas.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-by-vallarys.html
  21. http://siszetty.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  22. http://amsyasuryarmli.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  23. http://umikasum.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  24. http://invisiblenote.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  25. http://hunyieda.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  26. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys_22.html
  27. http://tieyniff.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  28. http://superpapaya.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  29. http://imaneeda.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  30. http://menariksanasini.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  31. http://gacontestsunsweetz.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  32. http://bdxbjubiru.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-by-vallarys.html
  33. http://theieraziera.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  34. http://jannah-is-my-goal.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  35. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  36. http://ierahluvie.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  37. http://sebabakusabrina.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  38. http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  39. http://ape-kinah.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  40. http://lienliedot.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  41. http://athirahsafarudin.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  42. http://mustikachocolate.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.htm
  43. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  44. http://stayinheart.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  45. http://sfhbelog-taip.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  46. http://storybudakfanty.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  47. http://nnajwanazry.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  48. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  49. http://inspierietes.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  50. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  51. http://tampawan.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  52. http://sweetmissfifi.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html
  53. http://smileon-secret.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html

Ini adalah senarai nama daripada blog Liyana Erythrina Bloghouse dan Diera Tekikushika. Kalau nama korang takde inform yana cepat-cepat ok. Sebab esok malam dah nak umum pemenang. Mana-mana yang kenal antara blogger yang join ni, mohon sebarkan ya. Thanks ! 
Love,
Read More...

Isnin, September 16, 2013

FIRST GIVEAWAY VALLARYS

Assalamualaikum



CALLING FOR GIVEAWAY guyss !!! 




SYARAT

  • Like page Vallarys
  • Follow Instangram. (kalau takde instangram. mention  di entry ya :D )
  • Tagged dua orang rakan blogger anda.
  • Copy banner di atas. Letak di entry.
  • Nyatakan nama facebook dan instangram di entry. 
  • Letak link entry di ruang komen.

HADIAH

  • 10 Pemenang di cari 
  • Daripada koleksi kami [ Shawls x 1, Tudung Bawal x 1, String Keychain Name x 7, Blouse x 1 ]
  • TOP REFERRAL X 1

PEMILIHAN PEMENANG

Melalui undian

DUE DATE

30 September 2013


* Untuk TOP REFFERAL. Terpulang pada anda bagaimana cara anda ingin mempromosikan giveaway ini. ;)

Good Luck everyone !! 

xoxo

Read More...

Khamis, September 12, 2013

graduan memilih kerjaya?

Assalamualaikum



semestinya topik aku kali ni berkait rapat dengan apa yang aku hadapi sekarang. bukan tak pernah menarik minat aku setiap kali isu ini di bangkitkan. cuma masa tu aku hanya seorang student yang masih dengan dunia nya. bergaul dan sibuk menghabiskan masa dengan esaimen, test, quiz, periksa, dan? belajar dan belajar. *cakap macam la best student*

bila semua dah selesai dan result akhir keluar. maka makin lajulah aku klik sana klik sini. well. terima kasih kepada teknologi yang ada. and yes ! new recruitment alternative !! so, aku tak perlulah nak kena isi borang ke beli borang ke pegi pejabat untuk ambil borang. T_T

kalau nak di kira berapa banyak kerja yang dah aku apply. banyak. SANGAT BANYAK! outsource recruitment pon aku dah hantar dan update resume. so? dalam hal ini. siapa yang memilih. graduan ke employer tu sendiri. lets think on the other side. jangan mudah nak salahkan kami si graduan secara membuta tuli sedangkan anda employer tidak sedar akan hakikat hal yang satu ini.

dalam banyak iklan kerja kosong yang aku duk view selama ni. boleh di kira dengan jari di setiap iklan mereka ada tertulis 

" FRESH GRADUATE ARE ENCOURAGE TO APPLY"

tapi? kebanyakkannya

1 YEAR EXPERIENCES 

ni boleh consider lagi. ada tu

10 YEARS EXPERIENCES



i was like. huh??? is that real ??? nk pengalaman 10 tahun? fikir logik kenapa orang yang dah kerja 10 tahun nak berhenti kerja untuk apply dekat syarikat lain? yeaahhh.. mungkin bila di tambah-tambah 2 tahun company A, 4 tahun company B and so on. maka jadi 10 tahun dan lebih. kan? frankly speaking. sebagai employer. yang akan recruit pekerja. kalau track record pekerja ni jenis tukar-tukar tempat kerja. anda berani nak ambil calon itu sebagai pekerja? tak rasa ke that person akan buat perkara yang sama selepas di terima sebagai pekerja di syarikat anda? fikir.

dan ini lah yang menjadikan lebih ramai graduan masih tidah mendapat pekerjaan mengikut qualification seperti yang di uar-uarkan. ya. aku mengaku. zaman sekarang banyak saingan. dan tak semestinya apa yang di belajar tu merupakan kerjaya kita kelak. kerja kosong banyak. dan ya. ada antarnya aku apply bukan daripada apa yang aku belajar selama ni. mungkin juga seseorang itu minat untuk belajar tentang ini. tapi, bila dah tamat belajar, minat lebih terarah tentang itu. unexpected. 

lagi sekali. employer iklankan jawatan kosong. list kan JD (job descriptions) dan JS (job specifications). contoh. iklan adalah untuk jawatan Financial Manager. adakah anda yang berkelulusan bachelor in science administration akan apply? tidak. anda sendiri tahu kelayakkan anda bukan. dan kalau anda hantar sekali pun. rasa-rasa employer nak short listed kan tak resume awak sebagai final applicant? ingat. bukan awak sorang yg apply. ramai. dan pasti nya yang akan di utamakan mereka yang ada background financial. FIKIR. 



the point is. pihak-pihak tertentu memberi galakkan kepada belia dan pelajar-pelajar sekolah untuk sambung pelajaran mereka hingga ke menara gading. berjaya dalam pelajaran. sehinggakan adanya PTPTN sebagai galakkan untuk kami sambung belajar. TERIMA KASIH ! tapi. kenapa bila tiba saat kami ingin melangkah ke alam pekerjaan. kebanyakkan syarat yang diletakkan mesti perlukan pengalaman? sedangkan kami fresh graduate. dari mana nak datang pengalaman tu kalau permulaan kami untuk membina kerjaya pun tersekat dengan syarat yang satu ini??

dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada mana-mana syarikat yang bila masa nak isi borang tu. ada pilihan

FRESH GRADUATE

dan juga syarikat-syarikat yang menyediakan training program sebelum di serap masuk. aku tahu ada yang amalkan konsep ni. ini bagus untuk kami fresh graduate. at least, kami ada jalan untuk tembus ke syarikat anda. well. you know who you are. terima kasih ! kerana membuka pintu kepada kami. 


at least. selepas view banyak iklan akhirnya ada yang berani menawarkan kepada kami
kepada awak-awak di luar sana yang berstatus macam aku. Good Luck !! 

Oh ya! anda yang berada berdekatan Johor. Jom ramai-ramai ke PERSADA untuk Karnival KEPAK. Semoga ada rezeki kita semua di sana. Good Luck and All the Best !! *jangan lupa buat resume banyak-banyak!*

xoxo
Read More...