Khamis, Januari 31, 2013

MPG #finalyearstudent

Assalamualaikum



MAJLIS PRA-GRADUAN - FINAL YEAR STUDENT
TEMPAT : HOTEL EQUATORIAL, MELAKA
TARIKH : 20 DISEMBER 2012



hello peeps !! mari saksikan event paling besar dan paling best pernah aku attend tahun semester lepas. majlis pra-graduan untuk semua final year student. sedap jeee dengo final year tuuu. hikhik. bajet aku lah senior. tapiiii NO! NO! NO!

yes aku memang final year. tapi dalam dewan tu batch aku adalah yang paling junior. yang ada kat dalam dewan tu paling-paling part 6 hokeyyy. nak lagi best ? paling senior part 8. ok aku tak rasa aku ni sangat senior dengan keadaan macam ni. hewhew  dannnn aku attend MPG ni sekali dengan senior aku part 6. hoomaiii !! masuk satu dewan degan senior pulak? pening ? nanti aku cerita macam mana boleh jadi. and percayalah !! hidup aku rasa kucar-kacir bila menjadi first batch yang buat itu ini dan itu ini lagi. @.@

now. lets the pictures tells the situations and enjoyyy !! =))


kad yang dapat bila dah sampai T_T


pandangan belakang



view dalam dewan. belum ramai sampai


we are twin !! tapi kawan yang tengah tu terpisah. kembar dia kat shah alam.


yang dapat meja belakang kesian. punyalah jauh nampak sayup je stage kat depan


aku, diba, ieda, yaya, linda, diera

dalam bas *cahaya lebihhh*


#me #alone #picture


twinnie !!! kami sepakat untuk tidak tampil dengan baju yang sama >,<


mustika, kuken, k.zira, ikin, eyra, ieda, aku


\
ramai sangat nak tulis nama.. tengok jelahhhh =p


eyra, aku, nadia, diera, eiya  *apehal banyak huruf "E" plak niii


heyyy !! instedrians 


view daripada table aku. antara table depan yang dekat dengan stage. *nasib baik nama aku mula huruf "F" 


malang betol sape yang dapat tabel belakang. sayuuupppp je nampak stage kat depan


masa ni dah boleh jalan-jalan ke table orang lain annnnndddd goosipppss !!




hokayyy . itu ajelah gambar yang aku upload. takkan nak upload semua kat sini. nanti lambat loading korang lagi malas nak tengok. :D  lagipun nk upload masuk sini ponn dia punya payahhhhh nye tu aku je yang tau. ekekeke

till then.. thanks for reading ! 

love,
Signature
Read More...

Rabu, Januari 30, 2013

KRUNOMENA

Assalamualaikum



phewww ! selepas menghadapi hari-hari yang sukar akhirnya aku kembali menaip di blog. eceehhh ! ayat macam orang baru selesaikan masalah add math. @.@




okok ! esok 31 Januari bersamaan dengan kemunculan album KRUNOMENA yang di nantikan semua peminat tegar KRU. macam haku ! hekhek

KRUNOMENA - tajuk album ni diberikan oleh peminat KRU sendiri. masa tu KRU ada tanya kat fb cadangan untuk tajuk new album. then banyaklah cadangan yang ada. but KRUNOMENA dipilih. hurmm..and peminat yang bertuah tu dapat hadiah untuk datang studio mereka. like road tour. tapi tapi .. dia tak dapat datang sebab menetap di sabah. if not mistaken. ke sarawak. tapi dan tapi lagi.. KRU make a special video untuk dia and di ganti dengan beberapa cenderahati yang di hantar pada dia. and kalau tak silap lagi, dengan beberapa album kot?  fuhhh !!! syokknyeee ...

ini merupakan album pertama mereka yang di rakam oleh syarikat mereka sendiri dan menjadikan album ke 14 sebenarnya. 

nak rasa special and kalau korang peminat gila-gila dengan trio tiga beradik ni. like sanggup berhabis apa sahaja asalkan dapat be one of the special one. beli album dorang ni online dan berurusan dengan UNITED STUDIOS. daripada permintaan, pembayaran dan  pengeposan, semuanya di uruskan UNITED STUDIOS. oh apa yang special nya beli online? kena charge postage lagi ada ! hewhew

if korang beli online, selain abang posmen tolong hantarkan sampai depan pintu rumah korang tu. means tak perlu nak pegi kedai CD then tercari-cari satu kedai sebab tak tahu celah mana dia letak kan?. SPECIAL nya beli online sebab album tu di tanda tangani oleh trio KRU. walawehh !! 

ok fine ! aku sure korang takkan faham macam apa yang aku rasa.   rasa excited to hokay ! except kalau korang in a group. =) 


tunggu pos laju hantar album tu. tapi bukan kat aku. kat akak aku. kehidupan students sememangnya membataskan serba sedikit untuk memiliki album tu. tapi sebenarnya ada hati nak beli ni. kita tengok nanti macam mana ok ! 

love,
Signature
Read More...

Jumaat, Januari 25, 2013

kriteria blog pilihan ramai

Assalamualaikum



haha. tajuk nak gempak. kasi PROPA sikittt =P  oklah. ini pendapat aku sahaja ok. takde konspirasi dengan manna-mana pihak ponnn. so its my personal view tentang dunia blog.

blogging. antara popular dan menulis.

frankly speaking banyak blog-blog yang popular + banyak followers sebab ada kriteria di bawah ni :

artis

tak kisahlah individu tu memang artis atau ada bersangkut paut dengan kehidupan artis tersebut. rakan + bestfren + sedara mara. tempiasnya tetap ko rasa. kalau tak banyak sikit mesti ada. tapi ada ke blogger yang ada kenalan dengan artis ?? =.=

photoshoot

haa. yang ni memang tak di nafikan. ko pegi jelah blog mereka-meraka yang ada job photoshoot. yang entry photoshoot sangat banyak siap buat tab/ list kat blog. tak kisahlaaa kalau niat blogger tu just nak tolong kawan-kawan. why not ?? daripada nak tolong member-member tulah nanti banyak orang offer ko nak jadi model sana-sini. rezeki jangan di tolak !

tutorial

ini antara yang penting untuk newbie. so, bila dah hari-hari duk lepak kat blog korang sambil-sambil naikkan traffic blog takkan lah tak follow? mesti punyalah ! lagi-lagi yang set tuto die banyak gila sampai nak kira saru-satu tuto die pon aku give up ! @.@

lelaki mesti handsome | girls mesti cun melecun !

tak percaya ? pegi bukak balik blog-blog follower yang tinggi menggunung tu. mesti owner dia cun. yang pandai bergaya. lilit-lilit shawls yang sangat "in" sekarang ni. berani mengekspresi dan buat transformation kat diri sendiri. bukan macam aku yang asyik sarung tudung bawal 24/7. ok tipu. tolak tambah darab bahagi dengan masa aku kat rumah. tak sampai ponnnngg ^^  lelaki pulak letak lah gambo semat2. berkemeja ala-ala nak pegi interview. tak pon close up pictca yang menampakkan muka semata-mata sampai semua perempuan rasa rugi kalau tak follow belog neh !


semua yang aku senaraikan ni hanyalah FIRST IMPRESSIONS kita bila buat lawatan tak rasmi ke blog-blog tersebut. fitrah manusia kan semua nak cantik di mata dan memenuhi kehendak diri. bukanlah aku nak menidakkan tentang kehebatan mereka semua. cuma aku jaminla korang follow mesti ada sebab. dan sebab-sebab nya mestila ada salah satu yang aku senaraikan ni kan ?? tipu kalau takde.

kemudian barulah di ikuti dengan isi kandungan. apa yang di kongsikan blogger tu. then ni paling penting. iaitu ? ringan + kemas. bila ada dua benda ni. aku sure orang akan senang-senang je follow blog korang. lagi ? lagi lu pikirr la sendrii !! haha.

bukan nak niat menyakiti hari sesiapa. daaa !! HAPPY BLOGGING and good luck with your aim for blogging.

love,
Signature
Read More...

Selasa, Januari 22, 2013

antara masalah yang timbul di akhir semester.

Assalamualaikum



bila habis sem. mesti semua pening nak letak barang-barang yang banyak tu kan ? untungla kalau universtiti ada provide tempat khas nak letak barang. yang takde ? bole sakit kepala wooo semata-mata fikir nak letak semua barang tu kan?

so. jom check it out apa yang sepatutnya di buat.

sedikit demi sedikit

di sarankan agar memebawa barang-barang kamu pulang ke rumah sedikit demi sedikit. bawa barang-barang ikut kepentingan agar kamu tidak perlu membawa kuantiti yang banyak sekali gus. ia akan semakin menyukarkan khususnya kepada kamu yang menaiki kenderaan awam untuk pulang ke kampung halaman

# ini cara yang aku selalu praktikan sepanjang lima tahun bergelar student. lagi pulak aku ni kembar, campur dua orang punye barang. korang boleh bayang tak dia punya banyak tu. haha


tumpang

simpan barang-barang di rumah sewa kawan-kawan yang menetap di luar kolej. monta kebenaran dan beritahu kawan kamu terlebih dahulu kuantiti barang yang ingin kamu simpan di rumahnya. ia bagi mengelakkan rakan-rakan kamu menggunakan ruang yang terlalu banyak di rumahnya.

# aku tak pernah praktikkan cara ni. sebab risau. tapi kalau takde pilihan nak buat macam mana kan. tapi beringatlah, jangan sampai rumah kawan tu penuh dengan barang korang jee. ^^


sewa ruang

sebelum tamat semester. kolej-kolej kediaman pasti akan dipenuhi dengan iklan-iklan perkhidmatan penyimpanan barang. lazimnya mengikut jumlah hari yang kamu perlukan untuk meyimpan barang-barang. sekiranya boleh, tempahlah ruangan lebih awal supaya dapat ruang yang mencukupi untuk menyimpan barang. kamu juga dinasihatkan agar menyimpan hanya barangan picisan seperti baldi, penyangkut baju dan sebagainya. jangan meninggalkan barangan berharga saat pulang ke kampung.

# aku pernah jugak tumpang letak barang kat bilik yang di sewa kawan aku. tapi tu semua barang2 yang kalau hilang tak terkilan. selalunya kalau simpan barang kat tempat yang di sewa elakkan letak barangan berharga. kalau hilang jangan salahkan orang pulak !


poskan sahaja

kalau rasa tak yakin nak simpan barang-barang di tempat-tempat tersebut, hantar je barang korang tu guna pos laju. make sure pos laju tau ! hilang boleh trace. mungkin leceh tapi at the end memudahkan korang jugak nanti. buku-buku yang dah guna untuk semester hadapan dah boleh simpan kat rumah dah.

#setakat ni nak pos barang tak pernah lah lagi. sebab aku ni malas nak bungkus barang tu semua. opkosla nak bungkus tu kena ikut stadardize yang pos laju dah buat. itu yang malas tu. ngehngeh


buat kebajikan

ini salah satu menunjukkan kamu pelajar yang prihatin. mungkin banyak pakaian, buku-buku atau barang-barang keperluan lain yang dah tak nak. jadi apa kata dermakan saja kepada pusat-pusat kebajikan berdekatan. dalam masa yang sama dapat pahala. menderma itu kan satu amalan mulia = ? ;)

# part yang ni selalunya pakaian lah kan. kalau buku tu aku sayang nak bagi orang. buku tu semua sentimental value bagi aku. hehe


love,
Signature
Read More...

Tambah Follower sambil berkenal-kenalan

Assalamualaikum



rasa dah lama gile aku tak join mana-mana segmen dari kawan2 blogger. dan lama jugak aku tak blogwalking ke blog blogger lain. tiba-tiba rasa diri ni sombong sangat sebab tak bertegur dengan kawan-kawan semua agak lama. jadi aku tetarik nak join satu segmen yang sangat simple !


klik banner untuk join. 

follower sehingga entri ini di publish :

1089


salam pekenalan buat semua yang berkunjung ke blog ni. keep in touch yaa ? =)

ehem ! awak-awak semua. rasa-rasa suka tak dengan blog ni ? kalau suka boleh like page Liyana Erythrina Bloghouse okei ! thanks !



love,
Signature
Read More...

Sabtu, Januari 19, 2013

KBM final #sem5 | paper 5

Assalamualaikum



tadi pagi selesai sudah paper terakhir. OSM 601 di ZDKU. research methods.

its a wrapp guyss !! weho0ooo !!

nothing much to worries bout this paper. seems aku rasa aku boleh jawab setelah sesi spot soalan semalam. akhirnya keluar juga. ahaa AGAIN. aku tak berani nak kata ya atau tidak. sebab memang setiap kali aku spot soalan. mesti keluar. tak banyak sikit. kadang-kadang perasaan tu datang sendiri. tengah-tengah baca terdetik dalam hati. "entah-entah keluar"

so, once aku dah terdetik macam tu sejak aku perasan aku ada kind of instinct. teros aku menghafal macam orang gila. and benda tu kadang-kadang panjang nak mampos ! pernah di sebabkan panjang sangat aku malas nak hafal ye2. just baca gitu2 jek. at the end, amek ! memang menyesal tak sudah.

and yes ! aku sekarang berada di Johor. satu perasaan yang sangat sangat dan sangat gembira bila dapat kembali ke kampung halaman. tapi tetap sedih meninggalkan jejak di Melaka.



Signature
Read More...

2013. final.

Assalamualaikum ^^,


ini sticky post. scroll bawah untuk new entry ;)


selamat tahun baru 2013.

seperti biasa, sejak dua tiga tahun lepas. bila awal tahun menjelma aku akan berhadapan dengan exam fever. yes. final exam. urghhh. takpe tahun ni last. =)

so. here the schedule.



3/1/13
CTU 553
2:15 p.m. - 5:15 p.m.

6/1/13
OSM 652
2:15 p.m. - 5:15 p.m.

9/1/13
OSM 655
2:15 - 5:15

16/1/13
HRM 543
9:00 a.m. - 10:00 a.m.

19/1/13
OSM 601
9:00 a.m. - 10:00 a.m.


ada yang ambil subjek sama dengan aku tak ?? ALL THE BEST !! 

2013. FOKUS ! 

Photobucket
Read More...

Rabu, Januari 16, 2013

KBM final #sem5 | paper 4

Assalamualaikum



paper hari ni. HRM 543. 3 jam. di ZDKU.

lebih serasi panggil subjek ni sepanjang proses pembelajaran HR-Tech. subjek ni fokus kepada semua yang ada e kat depan. contoh. e-recrutiment. tapi yang berkaitan dengan HR sahaja ok.

sumpah susah gila aku nak cari mood nak baca tu semula selepas bersenang-lenang hampir seminggu. nabib baik 9 chapter je. boleh lah jugak nak bernafas. tu pun aku ada skip chapter yang aku rasa tak nak jawab. dan seperti biasa aku spot chapter yang keluar.

daripada sembilan chapter aku baca enam sahaja. budget keluar. PREDICT. dan semua yang aku baca dan hafal bagai nak rak di sebabkan prediction aku semua keluar. dan itu dah cukup bagus dan melegakan hati aku bila kertas aku di kutip. nak di jadikan cerita keluar pulak chapter yang aku baca nak tak nak. so, balasannya, fakta yang ada kat otak ni semua macam nak tak nak je luar. ingat-ingat lupa.

so far. aku boleh cakap yang paper ni quite senang daripada paper ke dua tu. yang tu memang horor !

dan yeayy !! lagi satu je nak habis. this coming saturday. clap2 !!

oh yes a bigggggg thanks to Najwa for this paper. hanya aku dan dia yang tau kenapa. peace !


Signature
Read More...

Khamis, Januari 10, 2013

KBM final #sem5 | paper 3

Assalamualaikum 


semalam aku dah selamat jawab satu lagi paper. OSM 655. office system development. 3 jam.

persediaan aku untuk menghadapi paper ni lebih kepada agak-agak soalan yang mungkin keluar. oh yes bab spot soklan tu memang keje aku. hehe. mesti kena spot beb sebab chapter sangat banyak. 14 oke ! rasa tak tertanggung otak aku ni nak duk menghafal fakta-fakta yang ada. dalam pada tu aku keluar sebelum habis masa jugak. ngehngeh. tak tahan woii sejuk giler kat dalam tu. rasa nak beku. sebelum otak aku beku dan hang. jadinye siap je terus keluar. tak tahan !

dan aku rasa aku dah buat yang terbaik. dan rasa sedikit risau sebab carry mark langsung tak tau berapa. dan paper ni final cuma bawak 40% sahaja. so. 60% carry for the whole semester. yang mana aku harap aku dah lulus sebelum masuk dewan exam hari tu. so. aim selepas keluar exam adalah A. insya-Allah, sebab subjek ni sangat-sangat membantu. dahlah carry 60%. kredit hour 4 pulak kan. antara subjek yang boleh menaikkan poiter buat tambah mana-mana yang tak elok tu kan. ;)

so. selesai je paper ni. tak rasa stress sangat. kurang sikit je stress tu. haha. dan aku ada mase lebih kurang seminggu sebelum next paper. REST !


2 lagi nak tumbangkan. 

Signature
Read More...

Ahad, Januari 06, 2013

KBM final #sem5 | paper 2

Assalamualaikum 



BPR. ya hari ni aku exam BPR (business process reengineering). 3 jam.

pagi di mulakan dengan refresh semua chapter. semua ok. dan rasa dah ready giler dah ni nak masuk dewan exam. tapi tipulah kan setiap kali nak pegi peksa tak risau. tak nebes. segala semua tak lah kan.

sampai je di ZG2-1 aku tengok soalan dah ready atas meja. lagilah berdebar. satu kelemahan aku bila nak exam tak boleh orang kacau. means kalau sebelum masuk dewan ada orang nak berborak nak berbincang. sorry ! tak layan ! dan satu perkara tak boleh nak tengok nota last minute. tapi silap aku bila degree ni, aku tengok nota sebelum masuk dewan. yang mana masa tu bila dah gelabah. tengok lagi nota. lagilah blank.

so far. blank yang aku hadapi belum sampai tahap aku tak boleh nak ingat balik. dan paling penting masih boleh buat ayat menipu yang kadang-kadang aku sendiri tak paham apa aku tulis. haha.

ini yang berlaku untuk exam paper ke dua ni. aku rasa result yang aku paling takut nak tengok sem ni. subjek nilah.




another 3 more paper to be done !

Signature
Read More...

Jumaat, Januari 04, 2013

KBM final #sem5

Assalamualaikum 


hari ni aku pergi KBM untuk selesaikan satu lagi tugasan di saat-saat akhir. student. apa yang pensyarah arahkan tetap kena buat. semua kerana markah. haha. kejam tak aku. kalau takde markah means aku tak buatlah ? tapi serius tugasan ni memang penting dan sebahagian daripada perkara yang aku perlu tahu. tak. mesti tahu. =)

sebelum jumpa pensyarah yang perlu aku jumpa. singgah dulu di bilik pensyarah lain. paper dia ahad ni. huhu. sebab semalam masa makan-makan kat kedai makan kawan aku cakap

" carry mark BPR dah keluar "

so. sambil menyelam minum air lah kami semua. sampai bilik pensyarah, carry mark takde lagi tapi mata kami tertumpu pada kotak-kotak yang dipenuhi dengan esaimen dan test yang belum di ambil sebelum cuti study week. tengok kat dinding belum ada. ok. terus geledah kotak-kotak mencari nama sendiri. sedang leka belek-belek test dan esaimen orang lain sambil curi-curi tengok markah orang lain hekhek pintu bilik terbuka

"eh miss !! haii ! .. miss caryy mark mana ?? " tangan masih belek-belek kertas yang melambak

" dah ada dah tu, tak tampal lagi .. saya cari tape ni ? "

" buat apa tape ? "

haha. dan aku baru perasan yang pensyarah aku maksudkan adalah soletep. apa punya soalan aku bagi tadi kan. kuangkuang. 

" ha .. nak tengok mari sini masuk " dengan laju melangkah. 

masa tengah tengok-tengok tu

" awak punya group project teruk tau ! . saya dah tambah2 nak bagi lulus. 

" ha ?! ye ke miss "

mata aku terus laju tengok markah group projek. dalam hati berkata "ok je markah aku ni. kalau ye pun miss tambah tak kanlah sampai aku boleh dapat macam ni. mestilah paras-paras  hidung je kan. tak logik ! lantak.

" thankyou miss .. "

" awak tau ke tak nak buat ? hari tu tak nak jumpa saya tanya. bla bla "

" eh, saya datang mis je yang takde "

" memang pun saya sibuk "

masing-masing spot nombor matrik masing-masing. selesai semua. terus menuju ke bilik pensyarah yang sepatutnya. tunggu punya tunggu dan tunggu lagi. masa menunggu kami di penuhi dengan kerisauan next paper. yes. quite tough. aku pun entahlah. yang mengharapkan agar aku dapat buat dengan fokus dan mudah menulis jawapan nanti. risau tetap risau. insya-Allah. 

tapi sebenarnya kami semua berbincang menimbulkan rasa tak puas hati masing. berkenaan dengan markah group projek yang pada kami apa yang miss bagi tahu tersasar dari landasan. haha. rasa tak puas hati mendorong aku dan kembar untuk kembali ke bilik miss tadi dan mencari siapa orang sebenarnya. cari punya cari. jumpa ! yes. orang yang kami dah jangka. puas hati sebab bukan KAMI. senyum. 

kadang-kadang kelakar sebenarnya dengan pensyarah aku yang sorang ni. dia selalu salah orang. lagi-lagi aku. logiklah jugak kan sebab aku ni kembar. confuse antara ktorang ok lagi. ni kadang-kadang nama classmate aku semua dah bertukar-tukar orang. dan sebab kenapa miss aku tadi ambush aku dengan kata-kata macam  tu aku rasa sebab antara ahli kumpulan esaimen yang di maksudkan tu sama nama depan dengan aku dan kembar aku.


next paper. semua ada case study. huhu


Signature



Read More...