Jumaat, Januari 25, 2013

kriteria blog pilihan ramai

Assalamualaikum



haha. tajuk nak gempak. kasi PROPA sikittt =P  oklah. ini pendapat aku sahaja ok. takde konspirasi dengan manna-mana pihak ponnn. so its my personal view tentang dunia blog.

blogging. antara popular dan menulis.

frankly speaking banyak blog-blog yang popular + banyak followers sebab ada kriteria di bawah ni :

artis

tak kisahlah individu tu memang artis atau ada bersangkut paut dengan kehidupan artis tersebut. rakan + bestfren + sedara mara. tempiasnya tetap ko rasa. kalau tak banyak sikit mesti ada. tapi ada ke blogger yang ada kenalan dengan artis ?? =.=

photoshoot

haa. yang ni memang tak di nafikan. ko pegi jelah blog mereka-meraka yang ada job photoshoot. yang entry photoshoot sangat banyak siap buat tab/ list kat blog. tak kisahlaaa kalau niat blogger tu just nak tolong kawan-kawan. why not ?? daripada nak tolong member-member tulah nanti banyak orang offer ko nak jadi model sana-sini. rezeki jangan di tolak !

tutorial

ini antara yang penting untuk newbie. so, bila dah hari-hari duk lepak kat blog korang sambil-sambil naikkan traffic blog takkan lah tak follow? mesti punyalah ! lagi-lagi yang set tuto die banyak gila sampai nak kira saru-satu tuto die pon aku give up ! @.@

lelaki mesti handsome | girls mesti cun melecun !

tak percaya ? pegi bukak balik blog-blog follower yang tinggi menggunung tu. mesti owner dia cun. yang pandai bergaya. lilit-lilit shawls yang sangat "in" sekarang ni. berani mengekspresi dan buat transformation kat diri sendiri. bukan macam aku yang asyik sarung tudung bawal 24/7. ok tipu. tolak tambah darab bahagi dengan masa aku kat rumah. tak sampai ponnnngg ^^  lelaki pulak letak lah gambo semat2. berkemeja ala-ala nak pegi interview. tak pon close up pictca yang menampakkan muka semata-mata sampai semua perempuan rasa rugi kalau tak follow belog neh !


semua yang aku senaraikan ni hanyalah FIRST IMPRESSIONS kita bila buat lawatan tak rasmi ke blog-blog tersebut. fitrah manusia kan semua nak cantik di mata dan memenuhi kehendak diri. bukanlah aku nak menidakkan tentang kehebatan mereka semua. cuma aku jaminla korang follow mesti ada sebab. dan sebab-sebab nya mestila ada salah satu yang aku senaraikan ni kan ?? tipu kalau takde.

kemudian barulah di ikuti dengan isi kandungan. apa yang di kongsikan blogger tu. then ni paling penting. iaitu ? ringan + kemas. bila ada dua benda ni. aku sure orang akan senang-senang je follow blog korang. lagi ? lagi lu pikirr la sendrii !! haha.

bukan nak niat menyakiti hari sesiapa. daaa !! HAPPY BLOGGING and good luck with your aim for blogging.

love,
Signature

3 ulasan:

thanks for commenting ! love ..