Rabu, Februari 27, 2013

jual keychain nama

Assalamualaikum



hey helloo bloggers !



buat guna benang nilon jekkk 


semalam masa tengah selongkar beg jumpalah objek di atas ni. -_-  

dulu masa sekolah. aku siap jual benda ni. ramai pulak tu yang order. so. aku ambil jelah semua order tu. setiap hari mesti ada jek yang nak order. aku ni dah tak berapa nak ingat. si diera tekikushika tu kata aku siap ada buku lagi untuk collect order. haha !

yang aku ingat cuma aku duk kat kerusi duk lilit-lilit benang-benang ni semua. lepas tu masuk dalam plastik. buat resti. esok pegi sekolah kasi kat orang yang order. hekhek. 

tapi masuk form 3 nak ke form 5 aku dah tak buat dah. peksa katenyee ! habis sekolah lagilah aku langsung tak buat. lepas SPM duduk rumah kejap. pegi PLKN. PLKN tak habis lagi aku balik. dua hari lepas tu pegi daftar diploma pulak. habis diploma gap bape bulan tuh sambung degree pulak. *perasan tak yang life aku lepas satu episod terus ke satu episod. tanpa perlu bertapa untuk tempoh yang lama kat rumah* ALHAMDULILAH. =)

so. sampailaa sekarang ni. minggu depan dah praktikal pun. harap-harap semuanya ok. pheww !! dan tiba-tiba aku rasa nak buat balik nama-nama ni semua. kalau ada siapa-siapa yang berminat boleh jee pm yana k kat page. jangan segan silu. ;) tapi nak dapat harga 50 sen macam dulu tu tak dapetlah yeee . ^^,  

harga baru. huruf empat ke bawah RM 2 siap ring/keychain. kalau lebih yana tengok pada panjang nama dulu. tapi takde lah sampai RM 6 ke atas. tu dah macam melampau sangat dah tu ! ngehngeh. kalau order banyak of course harga lagi kurang meyhh .. see you !

till then...

love,
Read More...

Sabtu, Februari 23, 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum


Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read More...

Jumaat, Februari 22, 2013

#kembar random update.

Assalamualaikum
hai all !! kali edisi kembar pulak. berminat ? klik tab twinZone. ;)

aktiviti kami sepanjang cuti hampir sebulan hanyalah menggemukkan badan. tengok siapa berjaya gemok. ok. tipu. konon-konon masa belajar empat bulan tu penat sangat. so. nak lepak kat rumah. dan aku percaya memang ini lah cita-cita seorang student di saat diri sibuk di kampus. =.=

tapi bila peluang dan masa untuk menikmati semua tu terbentang depan mata. rasa bosan gila. BOSAN. seminggu tu ok lagi. bila dah lebih seminggu bengap jadi otak aku ni. 

jadi keje kami hanyalah. online dan online. sampai dah tak tau nak bukak apa lagi dah. kebanyakkan masa banyak dihabiskan dengan blog. merayap ke blog followers. kalau ada jumpa list blog. teros aku terjah sebab potential nak jumpa kawan2 baru tu tinggi bila list segmen atau GA.



snap gambar kat dalam lif KBM masa pegi ambik baucer semalam. sebab lepas ni tak rasa dah semua ni. :'(


dah lepas tu. pergi memenuhi kehendak perot yang kebolor



sebenarnya takde apa sangat nak diceritakan pasal kembar ni pon. cuma saja gedik nak publish. o.0 just random update. apa yang kami buat masa cuti. well. ktorang bukanlah jenis keluar rumah ke sana- sini. prefer to be at home. tapi boleh faham tak dia punya perasaan bosan kalau dah asyik terperap kat rumah / bilik ?? 


the latest looks of us . =))

 
and yeaayyy !! minggu depan dah last week cuti. the another week. ktorang akan praktikal pulak. nebes wooo !!
ada yang offer aku keje. ;) katanya tunggu aku habis aku praktikal. insha-Allah ada rezeki adalah. ^^, amin !
till then..
love,
Read More...

Isnin, Februari 18, 2013

EVENT | Elken

Assalamualaikum



hey  all !!

ni nak hapdate cerita seminggu yang lepas. pada 9/2/13 lepas aku pergi ke event ELKEN. errr ...


ok. lets make it short and simple. aku pergi sana adalah untuk menghadiri sesi penjagaan muka. yang mana kat sesi tu nanti dia ajar cara-cara penjagaan muka seharian dengan cara yang betul. dan semestinya dapat guna produk mereka yang best tu. weeeeee !!

mula-mula ada ceramah atau lebih kepada briefing la pasal condition and types kulit kita. sebab-sebab kenapa terjadi jerawat, jeragat, pigmentasi, sun burn, white head, black head dan segala jenis macam masalah yang berkaitan dengan kulit muka.


Diera Tekikushika kena beralih sebab aku nak amek gambo ELKEN tu. hakhak


masuk sesi ke dua. adalah sesi praktikal. yeayy !! masa untuk guna the products ! sebelum tu kami di bahagikan kepada tiga jenis kulit muka. well iolllsss cuma ingat iollss punya jelaa. which is REJUVENE. means kulit yang normal and umur tak sampai 30 lagi.

tapi jangan silap ok. tak semestinya umur under 30 automatik masuk this group. sebab masa kat workshop tu, ada yang satu table ngan aku ni umur baru 16 tahun but then pakar komestik elken kata " u punya kulit type .....  sebab ada jeragat " ak lupa la nama produk tu. hewhew .

bila part dia cek muka aku. binggo !! nasib baik betul. sebab aku main redah jek masuk REJUVENE since aku tak sampai 30 lagi. haha. sebab aku tak tahu kulit aku ni jenis apa. pernah buat test dulu. result dia normal. tapi pakar kecantikan tu tak cakap kulit normal ke abnormal. dia cuma cakap kulit berminyak kat sini. kulit jeragat kat sini. bla bla bla blaaaa  i was likeee "huh !! mana ni ? mana ni ? "




so, this is products untuk kami REJUVENE. i just can says produk ni sangat berkesan. seriuosly ok ! even ko baru sampai step cuci muka. dah boleh nampak dah dia punya keberkesanan tu. it really suprise me ! bagus sebenarnya untuk cuba sendiri produk ni. baru tau macam mana kesannya. experiences by yourself is more worth !


siapa nak jadi jutawan ???


and closing ada speaker dari jutawan melayu pertama semenanjung ELKEN. if i not mistaken. her name is Puan Hajah Kamariah. kalau boleh nampak dia yang pakai blazer merah. oh yes ! aku rasa di ELKEN tema merah hitam. sebab boleh nampak daripada pakaian yang di pakai oleh mereka yang aktif. super smart ! very corporate !

sebenarnya ramai jugak lelaki yang datang this event ekcelli. tapi di sebabkan phone aku snap nya banyak kat ladiesss pulakkss. and yang umo baya-baya aku ni sangatlahhhh sikittt. space kitorang lapang gila. boleh nampak daripada view gambar last tu. =.=


masih blur apa sebenarnya ELKEN ?? tungguuuuu next update oke ?


#psstt !! harga setiap satu product REJUVENE cecah RM 100 +++ .. fuhh ! *pengsan*


till then...

love,
Signature
Read More...

Handpainted GA

Assalamualaikum



 hai all !! aku baru teringat yang aku di tagged oleh dua orang blogger untuk join giveaway. so, sekarang masa untuk membuat entri la yee. btw, yang lagi satu tu aku tak sempat nk join alih-alih dah umum pemenang ? ehhh .. asal cepat sangat tarikh tutup nii. hekhek



nak join picit banner. 

so. here it is. hurmm mula-mula tengok kasut ni macam budak-budak pulak. tapi lama-lama rasanya kalau dapat ok gak neh. boleh feeling2 comell. *wink3 !!

thanks kepada anis for the tagged. ;)

tagged

FaraQiela


till then.

love,
Signature
Read More...

Sabtu, Februari 16, 2013

TERAPI ION DETOX

Assalamualaikum




hey all !! TERAPI ION DETOX. siapa dah cuba ? aku dah.

terapi ion detox ini adalah salah satu cara terapi terkini untuk membersihkan tubuh daripada toksin tanpa ubat.

INFO |

sistem terapi pembersih ion menghasilkan ion-ion positif dan negatif di dalam air yang mengalir di dalam tubuh secara automatik dan berenergi mencipta keseimbangan dengan memecah, mengeluarkan toksin, bahan bijangan metabolisma dari tubuh melalui liang-liang di telapak kaki, perubahan warna ionasi membuktikan pengeluaran pembuangan toksin, zat-zat partikel dari bahagian tubuh yang telah dionisasi. seterusnya megembalikan kesihatan semula jadi kita.

cerita takde gambar tak best jugak kan. so, mari kita lihat gambar ..


sebelum


selepas


result. apa maksud di sebalik nombor-nombor yang di bulatkan tu ?



1 -->  kuning kehijauan : toksin dari ginjal, pundi, saluran kencing
2 --> kuning kemerahan : toksin dari sendi atau gaut
3 --> kuning berminyak : kolesterol
4 --> coklat kelabu : toksin dari hati, pundi, hempedu
5 --> hijau tua : toksin dari hati, hempedu
6 --> buih putih lendir : toksin dari kelejar limpa
7 --> buih gelembung : asid toksin, gastrik, perut kembung
8 --> ketulan putih : tulang rapuh / ostoporesis
9 --> warna hitam : logam berat / nikotin / ubat
10 --> warna merah : ketulan darah beku


keseluruhannya yang aku bold itu adalah result aku lepas buat terapi ni. bayaran RM 10 untuk setengah jam. tapi si diera tu langsung tak keluar macam aku ni. dia just nombor 7. air tu bersih lagi cuma ada buih-buih je. ermmm =,=  . kesannya bila jalan rasa ringan sangattt !! rasa macam terapung-apung pon ada. =)

btw, ni result aku yang duk pakai koyok tampal kat tapak kaki bila nak tito. and result aku yang minum aloe vera gel. rasa-rasa kalau korang yang tak pernah langsung terfikir nak buang toksin dalam bandan korang tu agak-agak cane la ghupe air tu yeekk ?? errrr..

ada testimoni yang aku tengok kat kedai tu cukupla buat mata aku tak mampu bertahan untuk seminit hanya untuk tengok gambar yang di sediakan tu. geli. aku punya yang banyak tu pon tengok dah rasa loyan. bayangkan yang air dia berkeladak. bayangggkaaannnn... haha

and kalau korang rasa mahal nak pegi buang toksin every two days dengan bayar RM 10 dengan terapi ion detox ni. cuba darab untuk sebulan. homaiiii .. tak sanggup ?? apa kata guna produk ini yang terbukti berkesan !
till then...


love,
Signature



Read More...

Rabu, Februari 13, 2013

current style in driving

Assalamualaikum




hey all ! tajuk bajet bahasa mat salleh. haha. entry ni sebenarnya dah lama nak hapdet kat sini tapi selalunya "nanti lah" . apa yang bakal di ceritakan ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. so, nama pon driving khenn makanya FOKUS pada para-para pemandu kereta di Malaysia ya. 


  •  feeling drive kat luar negara
ok. basically kita semua tahu yang kat luar negara dia punya site nak drive atas jalan terbalik dengan kita. mungkin ada yang dah lama sangat duduk kat luar negara sampai lupa jalan raya kita macam mana. nak drive belah mana ni ek ?? grrrr.. ramai. di ulang RAMAI lately yang drive arah bertentangan. " heyyy !! macam tu baru challenge" . ouhh ! paham2. dia punya kekurangan di ajar masa kat driving school tu sampai kita yang dah drive kat lorong kita ni kena mengalah. whatt theee ?? <---- b="">sila sambung sendiri . kalau tak elak boleh tauu kan apa jadi ?


  •  style parking 
dah di sediakan tempat parking pon. still nak parking belakang / depan kereta orang. kena yang penyabar selamat lah. yang baran ? memang maki hamun jelah ko dapat. aku pernah kena masa pegi bank. mood tengah baik. so. oklah aku tungguuuuuuuuuu dalam kereta macam hape. lagi pon pakcik yang buat. again. huh ?? adakah gelaran-gelaran macam ni yang membuatkan kita yang lagi muda boleh excuse daripada mood marah ? tak adil.

dan ada pulak yang blok kereta macam sengaja nak uji skill tuan punya kereta yang kena blok ni untuk keluarkan kereta. fuhhh !!  kalau dah parking macam kat bawah ni ?



nak di jadikan cerita masa tu ramai pulak orang makan kat kedai tu. so, ke depan undur ke depan undur. alih2 terlanggar moto yang terselit satu kat situ. alih sikit. nak keluarkan van tu beza sipi jek ngan si forte ngok ngek yang parking tegak tu. muat2 kertas jek lepas.  

yang bertambah-tambah sakit hati bila orang-orang kat dalam kedai tu buat bodoh. ada pun cuma tengok jap pastu dah. macam takde apa-apa yang jadi. dan tuan punya forte motor tu buat dek jekkk. SAKIT HATI. 

moral of the story jangan belo forte sebab nanti boleh parking tegak jek. tak boleh parking senget. =P


  •  kereta tak cukup sifat
bab kereta tak cukup sifatla nila kadang-kadang boleh buat eksiden. biasanya SIGNAL. yang buat aku lagi tak paham kebanyakkan yang tak cukup sifat ni semua kereta baru-baru berdasarkan no plat kereta. aku terfikir macam mana kerete ni boleh lepas inspections ? signal pon takde. pendapat aku. "ni mesti bawak kereta orang lain ni. tak tau signal belah mana" atau "ouhhh..kereta baru tak tau lagi signal duk belah mana". habis.


ini jelah yang aku terfikir masa tengah menaip ni. mungkin ada lagi tapi malas nak memerah otak macam nak mengingat formula matematik time peksa.

till then. 


love,
Signature
Read More...

Selasa, Februari 12, 2013

HARGA PROMOTIONS UNTUK SHAWLS HALFMOON. HANYA RM 35

Assalamualaikum



hey everyone !! so. macam mana cuti ? aku tak ke mana-mana pon selain memenuhi undangan majlis kawen sedara. well. even sedara pon aku bukanlah jenis yang camerawhore kat pelamin or even with the bride. sebab tu entry tu tak wujud dalam blog ni. kalau aku cite takde gambo n tak ke susah korang nak imagine nanti. =P

masa sepupu aku kawen hari tu pon aku tak snap pic ngan dia even one ! urggghh!! teruk2. boleh bayang tak sepupu yang aku yang duk main masa kecik2 bila balik kampung. pakai baju sama2. ouh i means sama kaler. ataupun " malam ni kita nak pakai baju kurung ke seluar" haha. memoryyyy sangattt !! but now. she's married !

*aku rasa korang mesti skip 2 perenggan awal ni kan? haa!! ngaku pat !

ok. cukuplah pasal tu. now. focus pada apa yang aku bagi tau ni. setelah puas cari  punya cari. hanya untuk mendapatkan yang terbaik dan harga yang berpatutan. inilah dia. shawls halfmoon. mari tengok gambar.





AVAILABLE FOR PRE-ORDER
HARGA PROMOTION RM 35 EXCLUDE POSTAGE
[ postage + RM 6 ]

berminat boleh PM di page 



Signature
Read More...

Jumaat, Februari 08, 2013

cukup dengan hanya ALOE VERA GEL

Assalamualaikum





hello peeps !

mari berkenalan dengan produk FOREVER. sebelum ni aku pernah cerita pasal FOREVER dalam blog ni. so hari ni aku update lagi info-info yang korang patut tahu mengenai FOREVER. 

aku sure ada antara korang yang tak pernah dengar langsung tentang produk ni. setuju ? kepada yang pernah dengar good ! mari aku explain lagi. =)

untuk pengetahuan. sebelum ini produk FOREVER LIVING lebih di kenali dalam kalangan masyarakat cina sahaja. produk FOREVER telah menembusi pasaran Malaysia selama lebih 30 tahun tapi hanya dipasarkan di pasaran kaum Cina sahaja. kini FOREVER LIVING ingin mengembang dan meneroka pasaran Muslim kerana produk FOREVER LIVING telah lama di iktiraf dengan sijil HALAL dan memenuhi piawaian-piawaian tertentu yang semestinya dititikberatkan dalam agama Islam. inilah yang menyebabkan ada antra kita yang masih tertanya-tanya tentang produk ini. 

 sememangnyaproduk HALAL menjadi keutamaan masyarakat ISLAM di Malaysia. produk FOREVER LIVING diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang sudah dikenali sebagai "makanan" untuk kesihatan badan seperti ALOE VERA, MADU, BUAH DELIMA, MINYAK ZAITON, MINYAK IKANKOD dan sebagainya. klik sini untuk maklumat lanjut.

terdapat lebih daripada 50 jenis produk FOREVER LIVING yang dipasarkan merangkumi produk kecantikan Aloe Vera, produk kesihatan Aloe Vera, produk pelangsingan badan Aloe Vera, Aloe Vera Spa, solekan Aloe Vera dan produk kegunaan harian Aloe Vera.

tetapi di sini yana ingin tekankan mengenai ALOE VERA NUTRITIONAL DRINKS. datang dengan empat jenis perisa. tetapi hanya tiga yang available untuk pasaran di Malaysia iaitu:



Aloe Vera Gel Original (RM 90)



Aloe Berry Nectar (RM 90)



 Aloe Bits N Peaches (RM 90)




jika berminat atau ingin bertanya boleh terus contact yana di email liyana_cute94@yahoo.com.my atau pm di page yana ok ! 


FOREVER FOR YOUR HEALTH AND BEAUTY

Signature
Read More...

Selasa, Februari 05, 2013

hey helloo google+

Assalamualaikum



 hey all !! ya tau tau aku ketinggalan everything bout google + . entah kenapa aku malas gila nk layan google+ ni masa awal2 dulu. mungkin sebab keadaan otak masa tu yang tengah sarat dan serabut tengan esaimen dan exam. so. HOLD dulu. nanti-nanti boleh.

and tadi barulah terkedek-kedek nak study google+  ni. ponnn tak paham sangat lagi. in overall ak rasa konsep lebih kurang macam facebook. betol tak ?? tengok blog orang sana sini ada google+ . terhingin jugak nak ada kat blog pemalas ni kan. walaupun aku tau nk attract orang tu sangat rendah. LOL . this happen when i know that i lazy enough untuk terokai dunia google+ . fuhhh !! amek ko terokai teros ! =D

entri ini sebenarnya ingin memberi tahu korang yang blog aku dah ada google+ untuk korang follow. hewhew  boleh tengok kat sidebar entitle "find me here" harap sudi la ye ? dan ada tak sape-sape nk tolong bagi info pasal google+ ni ? kasi clear kat budak rabun ni.

siapa ada google+ meh bagi tau aku. boleh kawan-kawan kat sana. wewewe

betol tak pasang button google+ yang tu ? ke aku salah. let me know if wrong ok.

love,
Signature
Read More...

Ahad, Februari 03, 2013

Segmen Naikkan Trafik Blog Sampai BOOOMM!!!

Assalamualaikum



jom kawan-kawan kita join segmen !


details klik banner.


twitter 


page




jumpa anda di sana !

salam perkenalan buat awak-awak yang baru jumpa blog ni. =))


love,
Signature
Read More...