Jumaat, Julai 04, 2014

Rezeki tak di sangka.

Hi,

Makin hari makin kurang entri yang ada kat blog ni. Kesibukan kerja membataskan semuanya. ya SEMUA. 

Kerjaya aku sebenarnya rezeki yang di sangka-sangka. Jodoh. Takdir Allah. Bila ingat-ingat balik jadi senyum sensorang. Entahlah aku ni macam duduk dalam sampan ikut arus je. Takde pendayung 
untuk tentukan arah. 

Sebenarnya aku dapat interview company ni selepas aku pergi karnival kerjaya masa karnival ISKARNIVAL dekat Nusajaya tahun lepas. To be frank. Aku dengan kembo aku malas nak pergi pun ada sebab sehari sebelum tu baru balik Melaka dari majlis kawen kawan. Jadi macam penat. Masa on the way balik tu ayah tanya nak pergi tak. Ktorg terus cakap nakkkk ! Sebab memasing nak pergi sebenornye tapi takot orang tak nak pegi. kehkeh

Di pendekkan cerita. Masuk zone kerjaya. Lepas merayap satu both ke satu both. Dengan tak tengok company apa jalan je lepas satu-satu booth. Tersangkut kat satu booth. Dia terus mintak resume. Mula-mula dah cakap tak nak. Sebab course lain. Tambah-tambah bila tengok bank. Macam errr tak naklah. Tapi bagi jugak dan terus suruh datang interview. 

To be frank. Interview kali ni paling lama dan paling mengerikan sebab ada assessment dan dua kali interview. Masa second interview ada empat orang termasuk kembo aku. Sorang pengalaman 10 tahun dengan Sime Darby. Sorang lagi freelance sistem analyst. What a suprise kan??! Ekcited borak dengan kakak tu dia kerja freelance system analyst. Dua-dua ni berhenti kerja kat KL balik Johor sebab tak tahan kos kat sana. Siap pesan dengan aku. Setakat gaji 2k-3k tak cukup dik duduk KL. Okkkkk T_T

Oklah. Semua lepas. Tak dapat result pon lagi. Sebenarnya interview ni pergi dengan perasaan malas. Malas sebab dah penat pergi interview sana sini. Penat cari kerja senang cakap. Ingat tak nak pergi. Tapi family cakap pergi je. Oklah. Pergi jelah. Lepas tu tak prepare apa-apa. Semua tak plan. Semua tiba-tiba. Baju pakai apa yang ada. Sijil nasib baik bawak. Pergi dengan takde harapan. 

Balik interview aku demam teruk. Dekat 2 minggu and suspect denggi. Nasib baik tak. huuuuu. Dalam pada terlantar kat katil demam. Petang dapat call dari no private. Tak nak angkat. Tapi kembo kata angkat je. Rupanya company yang interview hari tu offer kerja. Alhamdulilah. Dapat offer masa tengah demam. Jadi aku takde reaksi apa pun. Jawab pun "yes, I accept the offer" tu pun macam blur2. 

Sebelum masuk tu. Aku pergi ambil offer letter dulu. Settlekan semua sekali dengan medical check up. So. 13 January 2014. Dan bermulalah tempoh enam bulan aku. Pergi training kat Singapore. Tak pepasal buat passport. Tak terfikir nak ada passport. Lepas tu cuak. Lepas ke ni nak keluar ni. Sebab ada hutang ptptn. Macam hape. 

Untuk tempoh enam bulan ni. Macam-macam dugaan ada. Macam biasa rasa putus asa tu ada. Family tulang belakang aku. Rasa nak berhenti? Ada. Menangis? Ada. Tapi after all. Semua mengajar aku untuk lebih sabar. Sabar sampai dah takde perkataan. Tak ada perasaan. Pergi kerja dengan malas. Terpaksa. Sebab takde pilihan.

Tapi tu semua enam bulan sebelum ni. Sekarang semua dah ok. Jadi best. Cuma penat. Kerja macam orang gila. Orang kata kerja tak ingat dunia. Kerja dengan multinational company tak boleh nak expect lebih lebih la kan. Lagi pulak urusan aku semua melibatkan kerakyatan negara lain. Langsung tak jumpa IC Malaysia. So, cuti tak sama. Public Holiday kena kerja. Kerja. Kena turn sabtu ahad kerja. Kerja. Balik malam. 

Dannnnn cuti raya tak dapat ! Nasibla. Beriya apply seminggu. Dapat email kena rejected ! Ekcelli yang sehari tu pun cuti yang memang cuti. Sebab ikut Singapore. Sana cuti raya sehari je. So raya ke dua dah kena kerja. @.@    What to do kan? 
Last but not least.





Salam Ramadhan semua. Selamat menjalani ibadah puasa. ;)
Ada duit raya untuk ktorang tak? ngeee 


Love,
Read More...