Isnin, Mac 21, 2016

Tips Sebelum Membeli Kereta.

Assalmualaikum 




Tips untuk membeli kereta. Well, ini adalah tips daripada pengalaman aku sendiri, So, in pendapat aku, cara aku sendiri yang aku praktikkan sebelum aku beli kereta. (Bukan nak berlagak sebab dah beli kereta. Cuma nak share info ^_^



GAJI

Kenapa gaji penting? Yelah inilah sumber kewangan kita untuk banyar installment kan. Tapi jangan pulak sebulan kerja terus nak beli kereta. Maksud aku, the main point is BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN. So, tentu-tentulah gaji peranan utama kat sini. "ala ada je orang beli kereta biasa-biasa gaji 5k ke atas" . Well, ini bagus. Maknanya dia bukanlah jenis yang gaji tinggi kereta kena lagi mahal. Rasanya contoh ni korang dah boleh fikir sendiri maksud aku untuk relate dengan poing pertama ni.



BAGI TEMPOH BERTENANG

Tempoh bertenang dalam erti kata lain, jangan terburu-buru untuk beli kereta. Kenapa? Mesti consider probaration period korang dalam company. Macam aku, tempoh enam bulan. Lama kan? So, belum pasti lagi korang dapat kerja tu walaupun most of the time sure dapat dan lepas tempoh tu. Tapi aku selalu terfikir macam mana kalau aku yang pertama tak lepas tempoh tu? So, dalam waktu ni simpan sebanyak mungkin duit gaji korang tu. Tempoh bertenang juga boleh di jadikan sebagai tempoh untuk korang fokus pada kerjaya. Stabilkan career dahulu. Biar susah sekarang. 



SURVEY

Lepas je tempoh bertenang. Agak-agak dah stabil and JANGAN LUPA point pertama GAJI. Bila dah rasa monthly income dah boleh support semua. Semua kat sini adalah, makan harian, expenses untuk barang peribadi, parking (kalau tempat kerja parking berbayar, lagi parah yang tak ada monthly payment macam aku), yang perempuan shopping (walaupun tak selalu), minyak kereta, saving mesti ada dan yang paling penting standby duit untuk emergency breakdown(ni paling parah). Kalau semua ni dah ok. Bolehla survey kereta yang berkanan di hati. Tolong buat pilihan untuk keperluan bukan kehendak. Macam aku. survey kereta setahun lebih juga. Pro and Kontra kena ada. Jangan fikirkan jenama sahaja. Jangan sekarang kata boleh sebab nak dapatkan apa yang kita mahukan. Tapi nanti last-last kita sendiri yang sempit. Ingat kita sendiri yang kena tanggung hutang, yang kena bayar bukan orang lain. Boleh minta pendapat, tapi berbalik pada diri sendiri, Duit kita, kita tahu boleh ke tak nak support. 




KEPUTUSAN

Masa ni pastikan keputusan yang dibuat tak menyesal. INGAT kewangan yang stabil adalah kunci segala-galanya. Dan sebelum beli kereta make sure ada saving at least 10k. Kalau tak dapat pun at least 5k. Allaa cakap senangla kan. Cuba buat. Aku cuma berkongsi daripada pengalaman aku sendiri. Percayalah kalau ada saving kita akan rasa selesa sangat-sangat. So, sebelum beli kereta adalah waktu yang paling sesuai untuk simpan duit kawkaw =)




Alhamdulilah, sekarang setahun dah aku pakai mokmok. Memang asalnya aku pun terlalu ekcited sehinggakan cuma kereta import sahaja yang aku survey. Tapi fikir punya fikir dan atas nasihat family, aku lupakan kereta idaman kononnya dan hanya membeli kereta local. Kini, aku sayang kan mokmok. Kalau ada yang cuba memandang sinis aku hanya berdiam sebab aku beli kereta ini dengan hasil titik peluh aku sendiri. Dan aku bangga. 

Aku pasti korang pun nak bangga bukan? Ingat bangga bukan di ukur apabila kita boleh buat orang impress dengan alah membeli menang memakai. Sebaliknya bangga itu hanya kita sendiri yang boleh rasa sebab hanya kita yang sesuai dan selesa dengan saiz kasut kita. 


Love,




Read More...